KOTA TINGGI: Tindakan Majlis Peguam meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun merupakan hak badan peguam berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Justeru, beliau berkata kerajaan mesti terbuka dalam menerima kritikan rakyat ataupun badan profesional seperti badan peguam itu.
"(Malaysia) negara bebas. Saya, tak ada apa. Pada saya, hak masing-masing, persatuanlah. Kalau mereka percaya tu, percaya itulah, nak buat macam mana.
"Pada saya, kerajaan Malaysia Madani adalah kerajaan yang mengamalkan demokrasi dan kita mesti terbuka menerima kritikan daripada rakyat ataupun badan-badan profesional," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang di Dewan KEJORA Bandar Penawar, di sini hari ini.
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata kerajaan Madani mestilah menjadi kerajaan yang bertanggungjawab dan menekankan kepada aspek ketelusan dan akauntabiliti.
Azalina berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan badan peguam itu yang meluluskan usul tidak percaya terhadap Idrus ketika Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), dua hari lepas.
Pada EGM yang diadakan 10 Mei itu, Majlis Peguam dilaporkan meluluskan usul berkenaan atas alasan Peguam Negara gagal mempertahankan Badan Kehakiman serta menegakkan kedaulatan undang-undang.
Mengikut laporan media, dengan usul berkenaan ia turut memberi mandat kepada Majlis Peguam untuk memberikan notis kepada Idrus untuk membawa prosiding menghina mahkamah terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan terhadap Badan Kehakiman, dengan serta-merta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
Azalina berkata kerajaan mesti terbuka dalam menerima kritikan rakyat ataupun badan profesional seperti badan peguam itu. - Gambar fail/Bernama
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
iOS 18 jadikan sistem sekuriti iPhone semakin sukar ditembusi pihak berkuasa
Peranti dalam mod AFU diperlukan bagi memudahkan sistem memintas sekuriti seperti Celebrite boleh digunakan bagi menyahkunci dan kemudiannya membaca kandungan telefon yang sedang disiasat.
Marissa Wong 'gadis tandas' raih perhatian di TikTok
Pempengaruh angkat isu kebersihan tandas awam dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu yang kerap kali dianggap remeh.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Parlimen: Kajian empirikal asing peranan AG, Pendakwa Raya akan ambil masa - Azalina
Azalina berharap satu laporan interim berkaitan status pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dapat dimasukkan dalam kajian empirikal berkaitan perkara itu pada tahun depan.
Op Global: 22 individu termasuk Nasiruddin akan didakwa esok
Seramai 22 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, Datuk Nasiruddin Mohd Ali akan dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang, pada Rabu.
Akta Pembaharuan Semula Bandar pastikan hak, kepentingan pemilik hartanah dilindungi
Penggubalan PSB mampu memastikan pembangunan yang dilaksanakan adalah lebih terancang dan inklusif dengan prinsip leave no one behind, termasuk dalam melindungi hak pemilik hartanah yang terkesan.
[KOLUMNIS] Kemajuan berterusan MA63, langkah proaktif perkukuh hak Sabah dan Sarawak
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan satu tonggak penting dalam sejarah pembentukan negara Malaysia dalam memberikan hak dan autonomi khusus kepada negeri Sabah dan Sarawak.
Enam lagi ahli GISB akan didakwa di Johor pada Ahad
Enam lagi individu dipercayai ahli (GISB) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas kesalahan jenayah seksual dan pemerdagangan manusia, pada pagi Ahad.
Siasatan kes GISB komprehensif, libatkan pelbagai peruntukan undang-undang
Siasatan polis terhadap kes GISB dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang.
KDN nafi laporan Pasukan Petugas Khas kes Pastor Raymond Koh diubah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa Laporan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kehilangan Pastor Raymond Koh yang dikemukakan kepada keluarga dan peguam telah diubah.
Permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri didengar 5 November
Peguam Syahrul Syazwan Salehin yang mewakili Shahrir berkata tarikh itu ditetapkan oleh JC Roz Mawar pada prosiding kes berkenaan yang berlangsung secara dalam talian hari ini.
Pilihan Raya Presiden AS: Debat pertama dengan Trump, Harris sukar diduga
Perdebatan itu adalah yang pertama antara Trump dan Harris, walaupun Trump pada Jun lalu pernah berdebat dengan Presiden AS, Joe Biden.
Kertas siasatan ahli politik dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia telah lengkap - KPN
Kertas siasatan berhubung seorang ahli politik tempatan dan suaminya dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar telah dilengkapkan.