BALIK PULAU: Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng hadir ke program ramah mesra dan majlis berbuka puasa bersama UMNO Balik Pulau pada Selasa.
Dalam satu hantaran di Facebooknya, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, beliau hadir bersama isteri, Betty Chew Gek Cheng dan beberapa pemimpin DAP Pulau Pinang antaranya Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
Guan Eng berkata lagi, beliau berterima kasih kepada Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Shah yang menerima kunjungan itu selain memberi layanan yang istimewa.
"Saya bersama Betty dan beberapa pemimpin DAP Pulau Pinang telah hadir program ramah mesra bersama UMNO Bahagian Balik Pulau.
"Terima kasih kepada Datuk Shah Headan Ayoob Shah selaku Ketua Bahagian dan seluruh keluarga UMNO Balik Pulau yang menerima kunjungan kami dengan layanan yang sangat istimewa," katanya.
Tambah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, program tersebut dimulai dengan agihan bubur kanji kepada penduduk-penduduk tempatan di bazar di tepi Balai Polis Sungai Pinang.
"Selepas mengagih bubur kanji, kami berkonvoi bersama-sama ke Warung Opah Is untuk berbuka puasa bersama.
"Yang saya tak sangka, masakan berbuka kami sangat sedap dalam Warong Opah yang menggunakan nama ibu pemilik. Gulai ikan, ayam goreng berempah, makan pula dengan ulam dan sambal belacan," ujarnya.
Selain Rayer, program tersebut turut dihadiri Naib Ketua UMNO Balik Pulau, Afzal Nasir, Ketua Pemuda UMN Balik Pulau, Muhammad Zaki Shah, Ketua Wanita UMNO Balik Pulau, Aishah dan pemilik warung, Said Mohammad. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 11 2023

Guan Eng (kanan) beramah mesra dengan Shah Headan ketika hadir majlis ramah mesra dan berbuka puasa pada Selasa. - Foto Facebook Lim Guan Eng
"Isu roboh tidak pernah bangkit" - Aiman Dazuki
Ketua Bahagian Undang-Undang dan Komunikasi Korporat Jakel Trading Sdn Bhd berkata perbincangan sentiasa berkenaan pemindahan kuil kepada satu tempat yang baru dan berdekatan. #AWANInews

UPKK 2024: 22,351 calon dapat 9A
Sebanyak 22,351 calon menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024 mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperoleh A dalam kesemua sembilan mata pelajaran.

Doakan keadilan terus terpelihara - Syed Saddiq
Menurut Syed Saddiq, beliau yakin dengan hujahan serta maklum balas yang diberikan oleh pasukan pembelaannya.

Kos sebenar teknologi baharu kesihatan perlu dinilai dengan teliti
Tidak semua inovasi baharu yang diperkenalkan perlu diterapkan dalam sistem kesihatan negara, kata Prof Dr Syed Mohamed Aljunid.

Tiada perobohan, pemindahan kuil secara harmoni - Jakel
Pelbagai rundingan telah diadakan bersama pentadbiran Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman bagi mencari penyelesaian terbaik.
"Jakel adalah pemilik sah pada masa ini"- Amin Dazuki
Ketua Bahagian Undang-Undang dan Komunikasi Korporat Jakel Trading Sdn Bhd berkata Jakel adalah pemilik asal tanah untuk pembinaan masjid.
"Hasrat ini juga sebagai satu simbolik kepada usaha dan sumbangan kakitangan jakel seramai 6000 orang"katanya.
#AWANInews
"Hasrat ini juga sebagai satu simbolik kepada usaha dan sumbangan kakitangan jakel seramai 6000 orang"katanya.
#AWANInews

Negara-negara Arab kecam cubaan bunuh Presiden Somalia
Beberapa negara Arab pada Rabu mengutuk sekeras-kerasnya cubaan bunuh Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud sambil menegaskan sokongan terhadap keselamatan dan kestabilan negara itu.

21 maut, lebih 6,400 cedera dalam festival api tahunan di Iran
Sekurang-kurangnya 21 orang maut manakala 6,419 lagi cedera semasa perayaan Chaharshanbe Suri, iaitu festival api tahunan di Iran.

Lelaki maut dalam kebakaran rumah
Zahari Ibrahim, 50, yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan, dijumpai bomba setelah pemadaman selesai dijalankan.

Peristiwa pelanggan kurang mampu cetus ilham Khairruni jual kuih raya RM6
Idea untuk menjual biskut raya pada harga murah tercetus setelah Khairruni berbincang dengan anaknya susulan insiden menyentuh hati itu.

'Menang kalah adat bertanding' - Guan Eng terbuka jika tidak lagi dipilih perwakilan DAP
Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng mengambil pendirian terbuka jika beliau tidak lagi dipilih menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baharu yang akan ditentukan hari ini.

Pemilihan DAP: Guan Eng tekad tidak akan sesekali tarik diri
Guan Eng menepis khabar angin serta laporan media yang mendakwa beliau akan berundur daripada perebutan jawatan dalam kepimpinan parti.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.

Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.

Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.

Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.