SHANGHAI: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa golongan belia agar mengambil peluang dan menyambung pengajian mereka di China bagi memperoleh ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang terutama teknologi dari republik itu.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata ini kerana China memiliki kelebihan dalam aspek teknologi tinggi yang harus dipelajari seterusnya dimanfaatkan untuk pembangunan Malaysia.
"Apa yang penting ialah kita dapat menimba ilmu serta teknologi dari kolej dan universiti di China untuk dibawa pulang ke tanah air bukan sahaja untuk kebaikan sendiri tetapi juga negara secara keseluruhan," katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari dengan komuniti dan pelajar Malaysia di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin, Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai Syed Farizal Aminy Syed Mohamad dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Justeru itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara meminta semua pihak berkaitan pendidikan tinggi termasuk MARA agar lebih proaktif dalam menggalakkan pelajar Malaysia menuntut ilmu di China.
"Bermula tahun ini, saya ingin membuka peluang kepada para pelajar MARA, khususnya GiatMara, dan UniKL (Universiti Kuala Lumpur) untuk melanjutkan pengajian mereka di China.
"Saya ingin melihat pencapaian para pelajar kita... China maju dari segi teknologi tinggi dan mereka amat terbuka untuk berkongsi ilmu serta teknologi terutama dengan kita (Malaysia)... justeru itu, saya ingin menggesa Pengerusi MARA agar membuka minda dan persepsi ibu bapa terutama Bumiputera untuk menghantar anak mereka menimba ilmu di China," katanya.
Menurut statistik Kementerian Pendidikan Tinggi, seramai 5,697 pelajar Malaysia menuntut di China setakat ini termasuk 1,425 orang di Beijing, Zhejiang (933), Fujian (735) dan Shanghai (626).
Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan rasmi pertama ke China sejak beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Disember 2022 dan lawatan selama 11 hari bermula 22 Mei lepas itu adalah atas jemputan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang.
Malaysia dan China menjalin hubungan dua hala secara rasmi pada 31 Mei 1974 dan ini adalah lawatan pertukaran pemimpin tertinggi masing-masing sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar kenangan bersama pelajar Malaysia pada Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Rakyat Malaysia dan Pelajar Malaysia di Shanghai hari ini. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Badan pemikir Polity ditubuhkan tumpu dasar sosio ekonomi, kemahiran
Sebuah badan pemikir dikenali sebagai Polity ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan berasaskan bukti, memperjuangkan dasar yang inklusif dan intervensi di lapangan yang mendorong perubahan bermakna

DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.

AKPK lapor 53,000 individu bawah 30 tanggung hutang terkumpul RM1.9 bilion
Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion.

Kembara JOM: KBS beri perhatian isu ekonomi, kerjaya masa depan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memberi perhatian terhadap isu termasuk ekonomi, peluang kerjaya, keusahawanan dan sara hidup yang dihadapi golongan belia pada hari ini dan masa depan.

Golongan belia digalak timba ilmu di China - Ahmad Zahid
Ini kerana China memiliki kelebihan dalam aspek teknologi tinggi yang harus dipelajari seterusnya dimanfaatkan untuk pembangunan Malaysia.

Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.

Sonny Bill Williams antara 5,000 jemaah sertai Geng Subuh Macam Jumaat
Dianggarkan 90 peratus jemaah yang hadir adalah dalam kalangan belia.

Kadar sewa rendah premis perniagaan di Pulau Melaka kepada belia minat berniaga
Kerajaan negeri tawar kadar sewa premis perniagaan yang rendah kepada golongan belia di Melaka, untuk berniaga di Pulau Melaka.

Libatkan golongan belia dalam institusi keagamaan - Sultan Nazrin
Tenaga dinamik golongan belia perlu dimanfaatkan bagi tujuan membangunkan negara termasuk melibatkan golongan tersebut dalam institusi keagamaan.

Belia lakar masa depan persahabatan China-Vietnam - Presiden Xi
Xi Jinping berkata asas persahabatan China-Vietnam berakar dalam kalangan rakyat dan masa depan hubungan akrab akan dilakarkan oleh golongan muda.