KUALA LUMPUR: Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion, kata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata AKPK juga mendapati 28 peratus rakyat Malaysia yang bekerja meminjam wang untuk membeli barangan keperluan.

"Peningkatan kebolehcapaian pinjaman peribadi, kad kredit, dan terutamanya skim 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' amat membimbangkan, terutamanya dalam kalangan golongan dewasa muda.

"Meskipun ia memudahkan, kekurangan pemahaman tentang implikasi dan kekurangan disiplin dalam mengurus komitmen kemudahan ini boleh mengakibatkan hutang yang tidak terurus," katanya dalam ucapan perasmian Bulan Celik Kewangan 2024.

-- BERNAMA