Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memilih George Town untuk menyertai dua projek warisan perintis.
Ketua Unit Kebudayaan Pejabat UNESCO di Jakarta, Moe Chiba, berkata projek perintis pertama akan memberi fokus terhadap urusan penyediaan inventori berkaitan warisan budaya tak ketara melalui penyertaan masyarakat dan George Town merupakan satu-satunya bandar raya di Asia yang dipilih menyertai projek berkenaan.
"Pendekatannya melibatkan penyertaan masyarakat setempat dalam menyediakan inventori berkenaan. Ia tidak akan diterajui ahli akademik, tetapi merupakan inisiatif diterajui masyarakat sendiri.
"Kami melaksanakannya di George Town di samping dua bandar raya lain, satu di Afrika dan satu lagi di Amerika Latin.
"Inventori perlu dibuat di peringkat tempatan kerana pada akhirnya nanti, masyarakat, pemegang kepentingan akan berasa komited untuk meneruskan amalan itu," katanya pada sidang media selepas perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Pengurusan Warisan Budaya Bandar (MUCH) 2018 oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, di sini pada Isnin.
Beliau berkata, dengan cara itu, masyarakat akan dapat menceritakan kisah mereka sendiri kepada orang ramai serta memberi fokus terhadap perkara yang mereka anggap penting.
Menurut Chiba, projek kedua pula akan memberi tumpuan tentang cara untuk membangunkan industri tempatan di tapak warisan dunia melalui penglibatan semua pihak berkenaan dalam usaha menyediakan pelan tindakan.
"Kami sedang memulakan projek ini yang bertujuan menghimpunkan semua pihak berkaitan, muzium, pusat industri kreatif, tukang tempatan, pengamal warisan dan pengurus tapak untuk sama-sama menyediakan pelan tindakan bagi mewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera di bandar raya warisan," katanya.
Chiba berkata George Town dipilih menyertai projek itu kerana bandar raya ini mempunyai potensi untuk menjadikannya berjaya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Chow berkata kerajaan negeri akan berusaha memajukan sektor industri kreatif bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan pekerjaan serta pendapatan untuk isi rumah melaui projek dan kerjasama yang diadakan.
"Kami tahu ia akan merintis jalan ke arah terbentuknya interaksi antara penerokaan bersifat tradisional, kontemporari dan baharu dalam bidang warisan budaya, sekali gus menghasilkan jenama 'Made in George Town' yang unggul, berserta produk pelancongan warisan berkualiti tinggi yang akan menjana pendapatan serta menambah baik kehidupan masyarakat tempatan," katanya.
Persidangan empat hari itu menampilkan 37 penceramah dan moderator dari 15 negara yang akan berkongsi inisiatif mereka tentang pengurusan warisan bandar, membincangkan perkara berkaitan pendekatan pengurusan warisan dan strategi inovatif serta terlibat dengan perbincangan bersifat konstruktif tentang cabaran dan peluang dalam pengurusan warisan budaya dengan lebih 100 peserta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 01 2018

George Town merupakan satu-satunya bandar raya di Asia yang dipilih menyertai projek berkenaan. - Pixabay.com

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kemajuan Afrika perangi malaria terjejas
Duma Boko menegaskan, kemajuan positif Afrika dalam memerangi penyakit itu terjejas akibat pelbagai faktor, termasuk kekurangan dana.

Pegawai Afrika desak gencatan senjata dalam mesyuarat krisis Congo
Pegawai tertinggi dari negara-negara Afrika Timur dan Selatan menggesa gencatan senjata segera di Republik Demoktratik Congo.

Afrika hadapi wabak mpox yang kritikal, kes melebihi 50,000
Sebanyak 19 negara Afrika melaporkan 50,840 kes mpox, dengan 10,741 kes disahkan dan 1,083 kematian sejak awal tahun ini.

Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.

UNICEF beri amaran lonjakan kes mpox dalam kalangan kanak-kanak di Afrika
Varian clade Ib menimbulkan kebimbangan kerana berpotensi untuk merebak merentasi pelbagai lapisan, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Thailand kesan mpox dari lelaki Eropah yang tiba dari Afrika
Lelaki itu telah menjalani ujian untuk menentukan sama ada kes itu adalah varian Clade 1 dengan keputusan dijangka dikeluarkan pada Jumaat.

EU hantar vaksin mpox ke Afrika
Kesatuan Eropah (EU) akan menghantar 175,420 dos vaksin kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (AfricaCDC) untuk mencegah mpox.

Nigeria lapor 1,629 kes taun, 48 kematian
Sebanyak 1,629 kes disyaki kolera atau taun termasuk 48 kematian telah dilaporkan pada penghujung April tahun ini, umum Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) pada Selasa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini - Dr Zaliha
Tiada penyakit virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.