KUCHING: Projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah, mencapai kejayaan membanggakan selepas merekodkan ketibaan 38,748 pelancong dan menjana pendapatan lebih RM15 juta sejak dibuka pada 16 Sept lepas.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata jumlah tersebut lebih tinggi daripada sasaran awal sebanyak 30,000 orang dan disifatkan sangat memberangsangkan.
"Kami berharap dapat mengumumkan kebenaran rentas negeri sedikit masa lagi dan menjelang pengumuman itu, kami boleh buka gelembung pelancongan di tempat lain," katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan kerja ke Kampung Budaya Sarawak, di sini hari ini.
Nancy berkata kerajaan juga sedang menimbangkan untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi gelembung pelancongan antarabangsa pertama di negara ini.
"Minggu depan saya akan berbincang dengan rakan sejawat dari negara-negara lain dan kami akan mengaturkannya (gelembung pelancongan). Langkawi merupakan model terbaik untuk inisiatif ini kerana kita ada Qatar Airways dan beberapa penerbangan antarabangsa lain yang akan tiba di pulau itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib berkata daripada 38,748 pelancong yang tiba di pulau peranginan itu, seramai 26,377 orang tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, manakala 7,480 orang lagi melalui Jeti Kuah.
"Satu lagi pintu masuk utama iaitu Dermaga Tanjung Lembung (Langkawi Port) merekodkan kemasukan kira-kira 4,891 pelancong," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nasaruddin berkata sekiranya jumlah kemasukan pelancong itu dapat dikekalkan tidak mustahil sasaran kerajaan untuk menerima sekitar 400,000 pelancong sehingga Disember ini mampu dicapai.
Dalam pada itu, Nasaruddin berkata LADA berharap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Majlis Keselamatan Negara membuka semula sektor pelancongan pulau itu kepada pasaran antarabangsa seawal bulan depan atau Disember sekiranya bersesuaian.
"Ketika ini, usaha pembentukan prosedur operasi standard (SOP) gelembung pelancongan antarabangsa sudah mula digerakkan dengan kerjasama MOTAC, tertakluk kepada kelulusan kerajaan Persekutuan," katanya.
Nasaruddin berkata rundingan bersama beberapa syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa seperti Qatar Airways, AirAsia Bhd dan Scoot Tigerair Pte Ltd juga telah dimulakan bagi merancang aturan perjalanan penerbangan berjadual dan dari negara-negara tertentu.
Dalam perkembangan lain, Nancy berkata kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM5 juta kepada Kampung Budaya Sarawak bagi menaik taraf infrastruktur di kawasan itu.
"Kerja-kerja penambahbaikan fizikal di Kampung Budaya Sarawak akan bermula pada pertengahan bulan ini dan mengambil masa lebih kurang lapan bulan untuk disiapkan iaitu pada Jun 2022," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri (dua, kanan) ketika mengadakan lawatan kerja di Kampung Budaya Sarawak hari ini. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan teruskan inisiatif LITB sehingga sempadan dibuka sepenuhnya - PM
Sehingga kini, tiada kluster berpunca dari LITB, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Buka sempadan: Melancong tanpa gelembung pelancongan perlu penelitian - Nancy
Penelitian dan persiapan termasuk mengadakan perbincangan bersama kementerian pelancongan negara lain sedang giat dilaksanakan.

118 bilik dikenal pasti sesuai sebagai lokasi kuarantin pelancong antarabangsa di Langkawi
Sebanyak 118 bilik daripada 20 hotel di sekitar Pulau Langkawi dikenal pasti sebagai lokasi yang sesuai untuk proses kuarantin dan pengasingan pelancong asing antarabangsa.

Gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi jadi penanda aras buka sempadan
"Tidak mahu jadi seperti negara lain... selepas buka terpaksa tutup semula."

MOTAC cadang buka Langkawi kepada pelancong luar
Dari 16 Sept hingga 12 Okt, seramai 85,921 pengunjung telah tiba di Langkawi melalui pintu masuk udara dan pintu masuk laut.

Rentas negeri: Tiada lagi keperluan gelembung pelancongan - Hishammuddin
Tiada lagi keperluan untuk mewujudkan gelembung pelancongan di Langkawi selepas kerajaan membenarkan rentas negeri di seluruh negara.

Gelembung pelancongan Langkawi jana RM24.9 juta
Projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi yang dilancarkan pada 16 Sept lepas memberi sinar baharu kepada industri pelancongan di pulau pelancongan itu.

Pelancongan di Pulau Pangkor diteruskan ikut SOP jika rentas negeri dibenarkan
Antara SOP sedia ada ialah pelancong yang lengkap divaksinasi dibenarkan melakukan aktiviti pelancongan.

Penularan COVID-19 di hotel terkemuka tidak jejaskan pelancongan Langkawi - Sanusi
Penularan COVID-19 di sebuah hotel terkemuka di Langkawi tidak menjejaskan aktiviti gelembung pelancongan di Pulau Langkawi.

Gelembung pelancongan Langkawi: 38,748 ketibaan pelancong direkodkan - Nancy
Projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah, mencapai kejayaan membanggakan selepas merekodkan ketibaan 38,748 pelancong dan menjana pendapatan lebih RM15 juta sejak dibuka pada 16 Se