KOTA BHARU: Kerajaan akan menjadikan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi sebagai penanda aras sebelum membuka sempadan negara kepada pelancong antarabangsa.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bagaimanapun, pihaknya akan menilai prestasi projek rintis berkenaan terlebih dahulu selain keputusan untuk membuka sempadan negara juga perlu dilakukan secara berhati-hati.
Katanya, perkara itu juga akan dinilai oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagai langkah pencegahan berkemungkinan kemasukan pelancong dari negara-negara tertentu akan dihadkan dari semasa ke semasa bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
"Kami mahu lihat prestasi projek Langkawi dahulu, baru kami buka pada yang lain-lain, kami perlu berhati-hati sebab masih banyak negara yang berdepan dengan gelombang keempat.... jadi kami tidak mahu jadi seperti negara lain selepas buka terpaksa tutup semula.
"Malah ramai yang meminta kepada kementerian kami untuk memberi kebenaran kepada orang luar (pelancong antarabangsa) untuk datang tetapi kami perlu bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang berkaitan dahulu. Lagipun, kami hanya cadang tetapi ia akan ditentukan oleh MKN," katanya.
Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya Pengkalan Datu di Pasar Terapung Resort Cerana Villa di Pengkalan Datu di sini hari ini.
Terdahulu, beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM85,000 kepada 31 penerima individu dan kumpulan yang terdiri daripada kalangan penggiat seni budaya di Kelantan untuk kembali aktif berkarya setelah hampir dua tahun tidak dapat mengadakan sebarang aktiviti seni budaya secara fizikal akibat wabak COVID-19 yang melanda negara.
Sebelum ini media melaporkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak mengehadkan pelancong asing yang akan menyertai Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi mulai 15 Nov ini.
Sementara itu, dalam perkembangan lain mengulas mengenai Bajet 2022 yang telah dibentangkan semalam, Nancy berbesar hati dengan peruntukan yang diberikan kepada kementeriannya sebanyak RM1.6 bilion yang dilihat mampu untuk memulihkan ekonomi negara.
"Kami perlu menaik taraf infrastruktur yang ada dalam negara. Satu daripada tumpuan kami untuk menarik minat pelancong berbelanja besar. Walaupun tidak ramai tetapi mereka berbelanja besar.
"Selain itu, melalui dasar pelancongan negara, kami juga akan memastikan insfrastruktur kawasan yang mempunyai produk pelancongan, akan dipertingkatkan. Malah, orang kita juga perlu meningkatkan diri mereka seperti belajar banyak bahasa untuk menarik minat pelancong terutamanya dari luar negara untuk memudahkan berkomunikasi," katanya.
Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan beberapa inisiatif utama bagi sektor pelancongan dengan nilai keseluruhan RM1.6 bilion yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021

Datuk Seri Nancy Shukri (kiri) mendengar paluan alat musik tradisional Rebana Ubi sempena Program Merakyatkan Seni dan Budaya di Pasar Terapung, Pengkalan Datu hari ini. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan teruskan inisiatif LITB sehingga sempadan dibuka sepenuhnya - PM
Sehingga kini, tiada kluster berpunca dari LITB, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Buka sempadan: Melancong tanpa gelembung pelancongan perlu penelitian - Nancy
Penelitian dan persiapan termasuk mengadakan perbincangan bersama kementerian pelancongan negara lain sedang giat dilaksanakan.

118 bilik dikenal pasti sesuai sebagai lokasi kuarantin pelancong antarabangsa di Langkawi
Sebanyak 118 bilik daripada 20 hotel di sekitar Pulau Langkawi dikenal pasti sebagai lokasi yang sesuai untuk proses kuarantin dan pengasingan pelancong asing antarabangsa.

Gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi jadi penanda aras buka sempadan
"Tidak mahu jadi seperti negara lain... selepas buka terpaksa tutup semula."

MOTAC cadang buka Langkawi kepada pelancong luar
Dari 16 Sept hingga 12 Okt, seramai 85,921 pengunjung telah tiba di Langkawi melalui pintu masuk udara dan pintu masuk laut.

Rentas negeri: Tiada lagi keperluan gelembung pelancongan - Hishammuddin
Tiada lagi keperluan untuk mewujudkan gelembung pelancongan di Langkawi selepas kerajaan membenarkan rentas negeri di seluruh negara.

Gelembung pelancongan Langkawi jana RM24.9 juta
Projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi yang dilancarkan pada 16 Sept lepas memberi sinar baharu kepada industri pelancongan di pulau pelancongan itu.

Pelancongan di Pulau Pangkor diteruskan ikut SOP jika rentas negeri dibenarkan
Antara SOP sedia ada ialah pelancong yang lengkap divaksinasi dibenarkan melakukan aktiviti pelancongan.

Penularan COVID-19 di hotel terkemuka tidak jejaskan pelancongan Langkawi - Sanusi
Penularan COVID-19 di sebuah hotel terkemuka di Langkawi tidak menjejaskan aktiviti gelembung pelancongan di Pulau Langkawi.

Gelembung pelancongan Langkawi: 38,748 ketibaan pelancong direkodkan - Nancy
Projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah, mencapai kejayaan membanggakan selepas merekodkan ketibaan 38,748 pelancong dan menjana pendapatan lebih RM15 juta sejak dibuka pada 16 Se