Berang mendengar tangisan anak sendiri, seorang lelaki bertindak melepaskan geram dengan menampar dan menumbuk nenek kepada isterinya berkali-kali dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Hilir, Batang Melaka di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, tindakan lelaki itu menyebabkan warga emas berusia 69 tahun berkenaan mengalami kecederaan di dahi dan lebam kedua-dua belah mata.
Tindakan cucu durjana itu juga menyebabkan warga emas yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Jasin itu berkemungkinan hilang penglihatan kerana kedua-dua matanya tidak boleh dibuka akibat lebam.
“Ketika kejadian sekitar 6 pagi Isnin itu, cucu perempuan mangsa berada di dalam bilik air dan meninggalkan bayi perempuannya berusia lapan bulan.
“Selepas memaki mangsa dengan kata-kata kesat dengan mendakwa mangsa tidak pandai menjaga bayi, dan memukul warga emas itu sehingga rebah, suspek bersama isteri dan bayi mereka kemudian bertindak melarikan diri daripada rumah mangsa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Mengulas lanjut ujar Arshad, suspek dan isteri yang tidak mempunyai kerja tetap tinggal bersama mangsa sejak mereka berkahwin dan ditanggung warga emas itu yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah sekolah agama.
“Mangsa kemudian mendapatkan rawatan awal di Hospital Jasin dan akan dirujuk ke pakar mata di Hospital Melaka kerana mata pengadu lebam dan tidak boleh dibuka serta kemungkinan boleh hilang penglihatan pengadu.
“Suspek berusia 24 tahun itu kemudian kita berjaya tahan di Bachang, Melaka sekitar jam 11 malam Isnin dan ujian air kencingnya juga didapati positif methamphetamine serta mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah,” tambahnya.
Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut seksyen 325 kanun keseksaan.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Jul 16 2019
![Gara-gara anak menangis, cucu tumbuk nenek sehingga lebam kedua-dua mata Gara-gara anak menangis, cucu tumbuk nenek sehingga lebam kedua-dua mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61563330752_TBMAKCIK.jpg)
Tindakan cucu durjana itu juga menyebabkan warga emas yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Jasin itu berkemungkinan hilang penglihatan kerana kedua-dua matanya tidak boleh dibuka akibat lebam. - Foto Sinar Harian
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Peniaga rugi RM285,000 tertipu pelaburan tidak wujud Peniaga rugi RM285,000 tertipu pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688186169_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Peniaga rugi RM285,000 tertipu pelaburan tidak wujud
Pengadu menyedari laman web tersebut tidak boleh diakses dan membuat laporan polis setelah tidak mendapat keuntungan seperti dijanjikan.
![Pesara rugi lebih RM190,000 diperdaya sindiket menyamar peguam, polis Pesara rugi lebih RM190,000 diperdaya sindiket menyamar peguam, polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679988639_PDRM.jpg)
Pesara rugi lebih RM190,000 diperdaya sindiket menyamar peguam, polis
Seorang pesara di sini kerugian sebanyak RM194,210 akibat diperdaya sindiket penipuan yang mendakwanya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
![Remaja maut motosikal terbabas langgar tiang Remaja maut motosikal terbabas langgar tiang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649127406_Motosikalmangsarem.jpg)
Remaja maut motosikal terbabas langgar tiang
Mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tiang itu yang terletak di bahu jalan.
![Pengantin baharu maut nahas motosikal dirempuh kereta Pengantin baharu maut nahas motosikal dirempuh kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642568080_Remukmotosikalmili.jpg)
Pengantin baharu maut nahas motosikal dirempuh kereta
Akibat rempuhan itu mangsa tercampak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
![Remaja maut digilis lori Remaja maut digilis lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638937875_remajalelakimaut.jpg)
Remaja maut digilis lori
Akibat kejadian itu mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
![Macau Scam: Pegawai Perkeso berputih mata, lebih RM123,000 lesap Macau Scam: Pegawai Perkeso berputih mata, lebih RM123,000 lesap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71565763135_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Macau Scam: Pegawai Perkeso berputih mata, lebih RM123,000 lesap
Wanita berusia 39 tahun itu beberapa kali menerima panggilan telefon daripada individu berkenaan yang mendakwa dirinya terlibat dengan pengubahan wang haram.
![Gara-gara anak menangis, cucu tumbuk nenek sehingga lebam kedua-dua mata Gara-gara anak menangis, cucu tumbuk nenek sehingga lebam kedua-dua mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61563330752_TBMAKCIK.jpg)
Gara-gara anak menangis, cucu tumbuk nenek sehingga lebam kedua-dua mata
Warga emas berusia 69 tahun berkenaan berkemungkinan hilang penglihatan kerana kedua-dua matanya tidak boleh dibuka akibat lebam.
![Warga Nepal maut dibunuh rakan senegara Warga Nepal maut dibunuh rakan senegara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/51492154983_KESBUNUH.jpg)
Warga Nepal maut dibunuh rakan senegara
Menurut polis, suspek telah melarikan diri dan jumlah tikaman akan diketahui semasa bedah siasat selesai.
![Kedai emas dirompak rugi lebih RM200,000 Kedai emas dirompak rugi lebih RM200,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41515854982_kedaiemas.jpg)
Kedai emas dirompak rugi lebih RM200,000
Pemilik kedai emas hanya menyedari premis itu dipecah masuk selepas mendapati terdapat kerosakan pada peti besi di bilik keselamatan.
![Lima murid cedera, van sekolah bertembung kereta di Jasin Lima murid cedera, van sekolah bertembung kereta di Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61483369784_MotorcycleAccident.jpg)
Lima murid cedera, van sekolah bertembung kereta di Jasin
Lima murid lelaki cedera ringan apabila van sekolah yang membawa tiga daripadanya terbalik akibat berlanggar dengan sebuah kereta Kancil yang membawa dua lagi murid di Jalan Jasin-Bemban dekat sini.