ALOR GAJAH: Seorang pesara di sini kerugian sebanyak RM194,210 akibat diperdaya sindiket penipuan yang mendakwanya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata mangsa iaitu seorang wanita berusia lewat 50-an menerima panggilan telefon daripada wanita bernama Faridah yang mendakwa sebagai peguam ketika mangsa berada di rumahnya, kira-kira 8.30 malam pada 21 Dis lepas.
"Suspek mendakwa mangsa yang juga bekas kerani agensi kerajaan terlibat dalam pengubahan wang haram sebelum perbualan mereka disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, Selangor bagi membuat laporan polis.
"Seorang lagi suspek yang menyamar sebagai polis kemudian mengesahkan nama mangsa terlibat dalam jenayah itu dan terdapat waran tangkap atas nama mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa menafikan penglibatannya dalam jenayah itu tetapi beliau telah disoal siasat dan diminta memberikan segala butiran akaun bank termasuk jumlah baki yang dimilikinya.
Katanya mangsa juga diarah membuat akaun bank baharu dan memindahkan semua wang miliknya itu ke dalam akaun baharu berkenaan bagi tujuan siasatan.
Arshad berkata akibat diperdaya sindiket itu, mangsa telah memindahkan kesemua wang miliknya berjumlah RM194,210 secara berperingkat bermula 28 Dis 2022 hingga 2 Jan 2023 dan mangsa menyedari semua wang tersebut kemudian telah dipindahkan ke akaun pihak ketiga tanpa pengetahuannya pada 6 Jan lepas.
Beliau berkata mangsa membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah pada 24 Mac lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2023

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah pada 24 Mac lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Gambar hiasan

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Bekas guru besar hadapi tujuh pertuduhan terlibat pengubahan wang haram
Zalina didakwa memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram dan menerima wang tersebut ke dalam akaun Maybank miliknya pada Ogos, Oktober, dan November 2022.

Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Pengarah syarikat didakwa tipu, ubah wang haram RM5.1 juta
Seorang pengarah syarikat dituduh menipu dan pengubahan wang haram berjumlah RM5.1 juta melibatkan urusan jual beli sarung tangan.

Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.

Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.

Projek Jana Wibawa: Pendakwaan bantah permohonan Wan Saiful dapatkan penyata bank syarikat
Pihak pendakwaan membantah permohonan Wan Saiful bagi mendapatkan penyata bank sebuah syarikat berhubung kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa.

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.