GEORGE TOWN: Sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja dari selatan Thailand tumpas selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 840 kilogram bernilai RM2.12 juta dalam dua serbuan di Pulau Pinang.
Dalam serbuan itu, lapan individu termasuk dua rakyat Thailand berusia antara 35 hingga 59 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti tersebut turut ditahan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan dilakukan JSJN Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bermula pukul 10.50 malam hingga 1 pagi 11 Jun lalu di Simpang Empat dan Sungai Bakap.
Menurut Ayob Khan, ketika serbuan dilakukan, tujuh daripada suspek sedang memunggah ganja berkenaan dari sebuah lori manakala seorang lagi ditahan di sebuah rumah di Simpang Ampat.
"Dalam serbuan pukul 1 pagi Jumaat itu, semua lelaki tersebut sedang memunggahkan ketulan-ketulan ganja dari sebuah lori ke sebuah rumah di situ sebelum polis merampas 848 ketulan mampat ganja seberat 840kg yang kesemuanya bernilai RM2.12 juta
"Susulan itu, polis menahan seorang lagi lelaki iaitu geng sindiket tersebut di Simpang Ampat, juga di Nibong Tebal. Tiada sebarang rampasan dadah dibuat bersama suspek berkenaan. Semua suspek yang ditahan termasuk dua lelaki Thailand itu berusia 35 hingga 59 tahun," katanya dalam sidang media di IPK Pulau Pinang pada Isnin.
Ayob Khan berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan aktif sejak 2021 dan menggunakan laluan laut dan darat bagi membawa masuk ganja sebelum mengedarkannya untuk pasaran tempatan.
“Sindiket ini telah dikesan sejak 2021 dan modus operandi yang digunakan adalah menyeludup masuk ganja dari selatan Thailand melalui perairan Malaysia dan diedarkan untuk pasaran tempatan.
“Jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh 1.6 juta penagih dadah,” kata Ayob Khan lagi.
Beliau turut memberitahu, siasatan lanjut juga mendapati lima daripada suspek tersebut positif dadah.
Siasatan berhubung kes tersebut, katanya, masih dijalankan dan kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 11 Jun lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut Ayob Khan, tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 yang mana membabitkan sitaan pelbagai aset sindiket termasuk tiga kenderaan yang dianggarkan bernilai RM80,000.
Dalam perkembangan sama, Ayob Khan menegaskan, pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih banyak ganja akan diseludup masuk ke dalam negara selepas Thailand menghalalkan dadah itu di negara mereka.
“Kita sedia maklum Thailand sudah legalised penanaman ganja, pergerakan mereka tidak lagi terhalang, jadi mungkin banyak ganja akan masuk ke negara ini,” jelas beliau lagi.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jun 13 2022

Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) menunjukkan rampasan ganja bernilai RM2.12 juta kepada wartawan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada Isnin. - Gambar Astro AWANI

Legenda tinju, George Foreman meninggal dunia pada usia 76 tahun
Mendiang Foreman dikenali sebagai seorang tokoh kemanusiaan, pemenang pingat Olimpik dan juara dunia dua kali.

Isi borang balik kampung, cegah kes jenayah - Polis
Orang ramai diingatkan untuk mengisi borang balik kampung sebagai langkah mencegah jenayah ketika bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri kelak.

RIUH Raya Kita 2025: Pemacu pertumbuhan industri kreatif, keusahawanan
Acara ini mempamerkan gabungan fesyen, seni, F&B dan gaya hidup, menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik.

Bursa Malaysia dijangka terus diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Pada asas Jumaat kepada Jumaat, indeks utama merosot 6.70 mata kepada 1,505.45 daripada 1,512.15 pada minggu sebelumnya.

Jalil Elias patah balik ke JDT, tak jadi ke San Lorenzo
Pemain yang memiliki kerakyatan Syria itu memuat naik keberadaannya di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, tiga hari lalu.

Bazar Ramadan Tani FAMA Perlis catat jualan RM1.4 juta
Nilai jualan itu melibatkan penyertaan 120 usahawan dan dijangka mencapai sasaran RM1.5 juta.

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke London
Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Heathrow, London hari ini.

Kapal MPMS buatan Turkiye bakal perkukuh keselamatan maritim negara
Perolehan kapal bernilai AS$68.8 juta ini mencerminkan hubungan erat Malaysia dan Turkiye dalam sektor pertahanan dan industri pembinaan kapal.

Kehadiran Duncan bantu pertingkat tahap kecergasan pasukan kebangsaan - Laine
Pemain tengah Harimau Malaya Nooa Laine mengakui kehadiran Dr Graig Duncan banyak membantu beliau dan rakan sepasukannya meningkatkan tahap kecergasan mereka menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala
Tahun 2024 rekod jumlah paling tinggi
Tahun 2024 mencatatkan angka kematian tertinggi bagi migran yang terkorban berdasarkan data Agensi Migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (IOM).

Ganja bernilai RM2 juta dirampas, sindiket dadah antarabangsa tumpas
PDRM rampas 840 kilogram ganja dalam dua serbuan di Pulau Pinang, lapan termasuk dua rakyat Thailand turut ditahan.