Sebahagian kawasan di daerah Johor Bahru akan mengalami gangguan bekalan air bersih selama 23 jam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor yang dijadualkan bermula 30 Julai ini.
Penyelenggaraan di LRA akan bermula pada pukul 10 pagi pada 30 Julai dan dijadualkan berakhir pukul 9.00 pagi keesokan harinya, kata Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan Utiliti Negeri Johor, Jimmy Puah Wee Tse.
"Gangguan bekalan air bersih ini akan melibatkan kira-kira 170,000 akaun pengguna. Para pengguna diminta tidak panik kerana ini adalah penyelenggaraan rutin bagi memastikan kualiti pembekalan air bersih dapat terus dibekalkan kepada semua pengguna pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Puah turut menasihati pengguna yang terlibat agar menyimpan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan dan menggunanya secara berhemah.
Maklumat lanjut mengenai kawasan terlibat dan info terkini boleh didapati dalam laman sesawang www.ranhillsaj.com.my dan talian mesra 1 800 88 7474 atau SMS 019 772 7474.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2019
Pengguna terlibat dinasihat menyimpan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan dan menggunanya secara berhemah. - Gambar hiasan
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Agenda AWANI: Keselamatan Jalan Raya | Jaga Nyawa
Apa sebab utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya khususnya semasa musim perayaan, dan bagaimana penguatkuasaan undang-undang boleh diperketatkan bagi menangani isu ini? Diskusi 8.30 malam
Dua lelaki ditangkap bantu siasatan pergaduhan bola sepak
Polis tahan dua lelaki disyaki terbabit pergaduhan antara kumpulan penyokong skuad Harimau Malaya dan Singapura di LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, hari ini.
Nahas Ayer Keroh: Perkembangan dua mangsa di Hospital Melaka
Dua kanak-kanak yang merupakan anak sulung dan kedua kepada pasangan suami isteri yang maut dalam nahas ngeri di kilometer 204 lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, malam tadi masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] 10 Nahas Ngeri Di Malaysia
Berikut adalah info berkenaan dengan sepuluh nahas ngeri di Malaysia.
Nahas Ayer Keroh: Ratusan menanti ketibaan jenazah
Bersama Khalish Kadir, Wartawan Astro AWANI di lokasi ketibaan jenazah lima sekeluarga.
Harga minyak naik didorong data pertumbuhan ekonomi AS
Harga minyak meningkat pada Selasa, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan bahawa aktiviti ekonomi global akan meningkatkan permintaan minyak.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.