KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air di 50 kawasan sekitar ibu kota berikutan kebocoran paip pengepaman di Rumah Pam Segambut semalam, pulih sepenuhnya pada 3 petang hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan menzahirkan penghargaan kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Sementara itu, pengguna juga disaran supaya mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air di laman web www.airselangor.com dan saluran komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh disalurkan menerusi talian 15300 atau 'Help Centre' di aplikasi Air Selangor.

-- BERNAMA