GUA MUSANG: Beberapa pekebun membabitkan empat perkampungan Orang Asli di Pos Belatim mendakwa berdepan beberapa siri serangan gajah liar yang menceroboh dan memakan hasil tanaman mereka.
Pekebun suku kaum Temiar dari Kampung Kajak, Rahimi Dolah, 44, berkata mereka percaya ia dilakukan oleh gajah yang sama menyerang kebun di Kampung Chemal minggu lepas, berjarak kira-kira satu kilometer dari situ.
"Kali pertama haiwan itu muncul dan melakukan kerosakan di kebun saya pada 26 Nov lepas dan ia kembali semula pada malam seterusnya sehingga kini. Gajah liar ini berlegar-legar di sekitar Kampung Chemal, Kampung Cacuh, Kampung Kajak dan Kampung Kenben.
"Jarak kebun saya hanya 300 meter dari rumah. Saya bimbang jika kejadian ini berterusan bukan sahaja tanaman habis dimakan seperti pokok tebu, ubi kayu, pisang, dan sayur-sayuran, tetapi mungkin gajah liar ini akan datang ke kawasan rumah pula," katanya ketika dihubungi Bernama.
Penduduk Kampung Cacuh Kamal Pedik, 45, pula berkata kebunnya yang terletak kira-kira 500 meter dari Kampung Kajak turut menjadi mangsa serangan haiwan liar itu apabila pokok ubi dan pisang yang ditanam telah dicabut.
"Saya dan beberapa pekebun yang lain juga terperanjat melihat keadaan kebun kami di sini. Anak pokok kelapa juga ditumbangkan gajah itu.
"Ini sahaja bekalan makanan kami untuk musim hujan ini. Kita sudah buat laporan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) jadi harap pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian masalah kami di sini," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jakoa Kelantan dan Terengganu Zarina Razlan ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya telah mendapat laporan berhubung kejadian terbaharu itu dan yakin Perhilitan akan mengambil tindakan sewajarnya.
"Sebagaimana kita sedia maklum, Perhilitan telah melaksanakan tugas mereka dengan baik dalam kejadian serangan haiwan liar sebelum ini, kami juga memberikan kerjasama yang baik.
"Mengikut bidang kuasa Jakoa, kami akan menyegerakan bantuan dari segi pemberian bakul makanan kepada penduduk yang terjejas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Jakoa telah menerima laporan berhubung kejadian terbaharu itu dan yakin Perhilitan akan mengambil tindakan sewajarnya. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan
Haiwan itu akan meninjau ke kawasan rumah buluh penduduk sebelum merobohkan dinding untuk mencari makanan.

Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.

Perjalanan tergendala dua jam, 30 ekor gajah ‘main’ tengah jalan
Perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Alor Setar, Kedah tergendala selama dua jam di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) gara-gara 30 ekor gajah bermain dan tidur di tengah jalan.

Pelan pengurusan hidupan liar dilaksana tangani impak projek ECRL
Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan) telah dilaksanakan bagi mengurangkan impak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada khazanah biodiversiti negara.

Hampir 200 keluarga Orang Asli Pos Belatim diancam gajah liar
Hampir 200 keluarga Orang Asli di Pos Belatim hidup dalam kebimbangan selepas kehadiran seekor gajah liar yang berkeliaran di kawasan penempatan mereka sejak bulan lepas.

Guru selamat selepas langgar gajah di Mersing
Seorang guru bernasib baik apabila terselamat selepas kenderaan yang dipandunya terlanggar seekor gajah di Kilometer 6 Jalan Nitar-Mersing di sini, semalam.

Perhilitan tangkap gajah liar di Mersing
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap seekor gajah liar jantan di Kampung Triang Besar di sini, Isnin lepas.

Perhilitan tangkap gajah, beruang matahari di Kuala Krai
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah liar dan beruang matahari di Kuala Krai, semalam.

Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar di Jeli
Operasi tangkapan melibatkan tujuh anggota dari Pejabat Perhilitan Daerah Jeli dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan.

'Yong Manis' dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum
Mamalia berusia lima tahun seberat 1.1 tan yang digelar 'Yong Manis' ditangkap pada 6 Julai lepas dipercayai berasal dari Hutan Simpan Piah.