ALOR SETAR: Kegagalan menunaikan solat Jumaat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mencegah penularan COVID-19 termasuk dalam keuzuran dibenarkan mengikut syarak dan tidak berdosa.
Pendakwah terkemuka dari Kedah, Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, seseorang yang uzur dan tidak dapat menunaikan solat Jumaat maka gugurlah kewajipan itu bagi dirinya.
Menurutnya, apabila gugur kewajipan itu maka individu terbabit tidak melakukan dosa dan tidak perlu bertaubat kerana ia bukan disengajakan sebaliknya terhalang oleh perintah kawalan pergerakan (PKP).
"Telah ada ketetapan oleh semua mufti di negara ini, kalau tidak solat Jumaat dalam tempoh PKP, bukan sebab dia tak mahu pergi sembahyang tetapi terhalang oleh SOP Covid-19, jadi ketidakhadiran itu termasuk dalam keuzuran," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan kontroversi seorang pendakwah bebas wanita yang membuat kenyataan bahawa individu yang gagal menghadiri solat Jumaat tiga kali berturut-turut kerana mematuhi SOP wajib bertaubat dengan solat sunat taubat.
Memetik ucapan pendakwah terbabit, individu yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa rasa bersalah disebabkan SOP wajib melakukan solat taubat dan mohon ampun kepada Allah SWT.
Mengulas lanjut, Syeikh Ahmad Faisol berkata, kenyataan itu menimbulkan rasa resah dan keliru dalam kalangan umat Islam terutama netizen yang mengikuti ceramah pendakwah terbabit.
"Kenyataan itu bercanggah dengan kebanyakan ulama dunia dan Malaysia, malah mencetuskan kemarahan ramai. Saya percaya pendakwah itu tidak berhasrat untuk timbulkan kontroversi, mungkin beliau tersilap cakap," katanya.
Justeru, pendakwah terbabit dinasihatkan menarik balik kenyataan berkenaan bagi meredakan keadaan dan sekiranya kenyataan itu ditarik balik, ia tidak akan aibkan pendakwah itu sebaliknya kedudukan beliau akan dipandang tinggi kerana kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.
Dalam pada itu, Syeikh Ahmad Faisol menjelaskan bahawa ulama terdahulu juga penah menarik balik kenyataan dibuat apabila mendapati perkara itu tidak tepat.
"Manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.Yang buat silap mengaku salah dan istigfar, mohon ampun daripada Allah SWT.
"Malah netizen juga perlu berhenti mengecam pendakwah terbabit dan memaafkan beliau atas kekhilafan itu," ujarnya.
Artikel asal boleh dibaca di Sinar Harian di sini.
Sinar Harian
Sun May 23 2021

Seseorang yang uzur dan tidak dapat menunaikan solat Jumaat maka gugurlah kewajipan itu bagi dirinya dan tidak perlu bertaubat kerana ia bukan disengajakan. - Gambar hiasan BERNAMA

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.

PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.

Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.

Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.

Cuti Sabtu, Ahad: Tak puas hati, dipersilakan pindah ke negeri yang cuti Jumaat, Sabtu - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menempelak pihak yang tidak berpuas hati, mempertikaikan keputusan Johor menukar cuti dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad.

Pelarasan semula cuti hujung minggu Johor bakal impak 2.5 juta individu - MB
Penyelarasan cuti hujung minggu Johor kepada hari Sabtu dan Ahad akan menitikberatkan semua aspek, termasuk agama.

PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?

PM Anwar dijamu nasi kandar bersama rakyat, lawat Hospital Bukit Mertajam
Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menikmati sajian makan tengah hari bersama rakyat di Kedai Tok, Simpang Tiga Kubang Semang, Bukit Mertajam.

PM Anwar "diserbu" murid sekolah ketika makan tengah hari
Perdana Menteri "diserbu" sekumpulan murid sekolah ketika sedang menikmati makan tengah hari di gerai An-Najah Presint 9 Putrajaya hari ini.

Tak perlu tunggu solat Jumaat selesai, wanita boleh sembahyang Zuhur terus
Perkara itu seakan sudah sebati dalam masyarakat kita sejak sekian lama walaupun sebenarnya, wanita tidak tertakluk kepada 'syarat' itu.