Penyelarasan semula cuti hujung minggu Johor kepada hari Sabtu dan Ahad akan memberi impak terhadap 2.5 juta individu di negeri berkenaan. 

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penyelarasan semula ini akan melibatkan semua Bangsa Johor terutamanya 587,343 pelajar dan 1.948 juta tenaga kerja di Johor di mana majoritinya adalah dari sektor kerajaan dan swasta.

"Titah perbincangan penyelarasan perubahan cuti hujung minggu ini juga akan menitikberatkan dan meliputi seluruh aspek termasuklah agama Islam tanpa mengetepikan penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari, tambahnya. 

"Kerajaan negeri bersama Mufti Johor dan agensi yang terlibat akan memperincikan waktu kerja yang sesuai terutamanya pada hari Jumaat untuk memberi masa yang mencukupi untuk umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Onn Hafiz turut berkata, penyelarasan itu juga akan mengurangkan masalah penjadualan antara sektor awam dan swasta, memberi ruang kepada waktu keluarga dan membantu memudahkan aktiviti rentas sempadan serta aktiviti perniagaan.

 


Pada Isnin, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAlNJ).

Titahnya, perkara itu telah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim dan pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAlNJ).

Tunku Ismail turut mengarahkan Onn Hafiz membincangkan perkara itu bersama Mufti Johor untuk meneliti pelaksanaannya daripada setiap sudut dan aspek.

Penyelarasan itu akan melibatkan keseluruhan penduduk Johor, termasuk 587,343 pelajar dan 1.948 juta pekerja sektor kerajaan dan swasta.