KLANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah, di sini.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah, diiringi oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dan Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
  • Imam Mohd Asyraf Asad Zainuddin menyampaikan khutbah bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?, menekankan tanggungjawab menjaga kebajikan dan kemuliaan anak-anak sebagai amanah daripada Allah SWT.
  • Perdana Menteri sempat menikmati makan tengah hari di gerai berhampiran masjid dan bersalaman dengan 1,000 jemaah yang hadir.


Perdana Menteri diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk ‘Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?’

Dalam khutbah itu, imam Mohd Asyraf AS’ad Zainuddin mengingatkan anak-anak sebagai satu amanah daripada Allah SWT untuk dijaga kemuliaan dan kebajikan mereka.

Sebelum itu, Anwar sempat menikmati sajian tengah hari di sebuah gerai berhampiran dan bersalaman dengan 1,000 jemaah yang hadir.