JERANTUT: Seorang gadis yang dilaporkan hilang di Kuala Tahan di sini Jumaat lalu berjaya ditemui di sebuah rumah di Taman Maluri, Kuala Lumpur pada Ahad.
Mangsa berusia 20 tahun ditemui pada jam 6.15 petang di rumah berkenaan bersama seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang merupakan suspek dalam kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes tersebut selain cuba melakukan pemerasan terhadap keluarga mangsa.
"Remaja terbabit didapati cuba mengugut keluarga mangsa menerusi pesanan WhatsApp dengan meminta sejumlah wang sebagai 'jaminan' keselamatan gadis itu.
"Susulan itu, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan mangsa dijalankan sebelum kedua-duanya berjaya dikesan di Kuala Lumpur pada Ahad sebelum dibawa ke Jerantut," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Mazlan berkata, suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.
"Sebelum ini mangsa dilaporkan hilang oleh bapanya apabila tidak pulang ke rumah selepas habis bekerja di sebuah pusat inap desa di Kuala Tahan.
"Pada hari kejadian, mangsa dikatakan keluar membeli air kira-kira pukul 4 petang dan tidak kembali ke tempat kerjanya.
"Kakak mangsa keluar mencari sebelum menemui motosikal digunakan gadis itu ditinggalkan di tepi jalan kira-kira 400 meter dari pusat inap desa berkenaan,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 11 2022

Mangsa berusia 20 tahun ditemui pada jam 6.15 petang di rumah berkenaan bersama seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang merupakan suspek dalam kes tersebut. -Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Gadis hilang di Kuala Tahan ditemui di Kuala Lumpur
Mangsa berusia 20 tahun ditemui pada jam 6.15 petang di rumah berkenaan bersama seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang merupakan suspek dalam kes tersebut.

Blogger 'Mat Salleh Cari Makan' Rhys William yang hilang di Kuala Tahan, ditemui selamat
Penulis blog 'Mat Salleh Cari Makan' bersama empat anggota keluarganya dilaporkan hilang di Kuala Tahan ditemui selamat.

Cameron Highlands, Bukit Fraser antara kawasan pelancongan dipantau Polis Pahang
Polis Pahang akan meningkatkan pemantauan di kawasan pelancongan negeri ini susulan aktiviti sektor berkenaan sudah dirancakkan semula.

Banjir: 79 pelancong terkandas di Taman Negara dibawa keluar
Kesemua mereka adalah pelancong yang mendaftar masuk di empat resort di Taman Negara semasa cuti hujung tahun.

Pahang mohon teliti semula arahan tutup Taman Negara
Arahan itu dilihat menjejaskan sektor pelancongan yang baru hendak dirancakkan semula selepas berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan mulai 18 Mac lepas.

Akibat pembalakan di Kuala Tahan, air paip mengalir seperti teh tarik
Hasil siasatan mendapat air dari empangan menjadi keruh akibat aktiviti pembalakan di kawasan berdekatan.

Empat bot dihantar selamatkan pelancong terperangkap di Taman Negara
Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang menghantar empat buah bot pagi tadi untuk menyelamat 102 pelancong termasuk 20 rakyat tempatan yang terperangkap di sebuah resort di Taman Negara Kuala Tahan.