KUALA LUMPUR: Siri pertemuan yang digerakkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sejak beberapa hari lalu jelas menunjukkan tumpuan baginda untuk mententeramkan keadaan negara.
Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin melihat, ketika rakyat letih dengan polemik politik yang tak sudah-sudah, baginda sebagai payung negara tampil membela dan menggerakkan usaha mencari penyelesaian.
“Tindakan Agong ini sangat penting untuk memberitahu rakyat bahawa ada orang memerhatikan ini (kemelut politik) dan ada orang yang berusaha untuk menyelesaikannya.
“Jadi di sinilah kebijaksanaan Agong untuk mencari jalan memikirkan sambil-sambil menenangkan, sambil-sambil itu mendengar.
"Ini yang terbaik yang dilakukan baginda, iaitu mendengar daripada semua pihak yang berkepentingan,” ujarnya.
Menurut pemerhatiannya, daripada kelas golongan yang dipanggil menghadap baginda itu sudah diketahui fokusnya untuk menghurai keserabutan politik dan kepimpinan pentadbiran negara ini.
Oleh sebab itu, Shamsul Amri tidak merasakan ia berkenaan dengan ekonomi kerana kerana bukan orang ekonomi yang dipanggil menghadap, sebaliknya pemimpin-pemimpin parti politik negara.
Kemudian, baginda bersidang dengan Raja-Raja Melayu pada 16 Jun bagi mendapatkan pandangan Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia berkenaan keadaan di negeri naungan masing-masing.
“Saya rasa yang penting baginda katakan sama ada mahu diteruskan atau ditangguhkan lagi penarikan darurat.
“Saya rasa ini isunya - politik dan penyakit. Dua ‘P’ ini iaitu penyakit politik dan politik penyakit, macam mana kita nak selesaikan hal ini dalam negara kita sekarang,” katanya.
Namun bagi Shamsul Amri, ia boleh dilebar luaskan lagi kepada kelompok selain politik untuk diturut samakan dalam pentas mediasi atau tolak ansur tawar menawar ini.
Pada masa sama, beliau tidak percaya tentang ketiadaan sidang Parlimen didakwa menjadi penyebab negara tidak stabil kerana baginya ia sengaja digembar-gembur menjadi cerita besar.
“Kerana jangan lupa, kerajaan dah bertukar berapa kali, yang kekal siapa? Penjawat awam, yang memastikan kerajaan berjalan terus tidak kira siapa yang memerintah.
“Kadang-kadang perkara ini tidak disebut dengan jelas oleh semua ahli politik kerana mereka merasakan diri mereka yang penting dan masa depan bergantuk kepada mereka. Tidak benar. Masa depan rakyat Malaysia bukan bergantung semata-mata kepada ahli politik,” tegasnya.
Beliau juga berpendapat, sebarang keputusan Agong nanti - teruskan, pendekkan atau lanjutkan darurat - diharap seiring dengan perkembangan program saringan dan vaksinasi supaya matlamatnya berjaya dicapai.
Dengan itu, kata beliau, barulah politik negara boleh dipulihkan.
Tonton sesi temu bual penuh Shamsul Amri dalam Agenda AWANi bersama hos, Nazri Kahar, di sini:
Israr Khalid
Wed Jun 16 2021
SHAMSUL AMRI: Di sinilah kebijaksanaan Agong untuk mencari jalan penyelesaian sambil menenangkan keadaan negara. - Gambar fail
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.
Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.