Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mewajibkan flat kos rendah mempunyai Taska, kata Menterinya Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata dasar cadangan itu akan dikemukakan kepada Kabinet dalam kadar segera selepas pihak kementerian berbincang secara terperinci mengenainya.
"Saya akan cadangkan polisi berkenaan kepada Kabinet dan ia bakal dilaksanakan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke flat kos rendah Desa Mentari di sini hari ini.
Mengulas mengenai lawatan itu, Noh berkata kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.1 juta untuk memberi kemudahan dua lif baharu kepada Blok 6 flat berkenaan manakala lif di Blok 4 akan dibaiki.
Katanya kemudahan lif yang diberikan kementerian itu bakal memberi keselesaan kepada penduduk selepas lif sedia ada mengalami kerosakan dan tidak dibaiki sejak sekian lama.
"Blok 4 ada 11 tingkat dan 480 buah rumah manakala Blok 6 ada 17 tingkat dan 484 buah rumah. Lif di Blok 4 ada dua tetapi yang beroperasi hanya satu dan lif yang berfungsi itu selalu rosak. Blok 6 pula ada dua lif tetapi dua-dua sudah lima tahun rosak," katanya.
Tambahnya, kemudahan di Blok 6 itu dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa 48 minggu dari bulan hadapan kerana lif berkenaan perlu diganti baharu dan bukan dibaiki.
"Kementerian juga akan memperbaiki jeriji tangga yang rosak teruk selain memperkenalkan sistem kad akses kepada penduduk yang mahu menggunakan kemudahan lif ini, gril dan sistem kamera litar tertutup untuk tujuan pemantauan," katanya.
Menyambut baik keprihatinan kementerian itu, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Blok 6, Norizan Harun berkata penambahbaikan itu memberi kelegaan kepada penduduk yang sekian lama berdepan masalah tersebut.
"Saya sangat berterima kasih kepada kementerian kerana sudi mendengar rintihan kami. Kedua-dua lif di blok saya ini telah lama rosak. Memang kami mempunyai masalah terutama ketika musim tiada air dan terpaksa mengangkut bekas berat berisi air naik-turun tangga," katanya kepada Bernama.
Beliau yang telah menetap di Blok 6 sejak flat itu dibina kira-kira 15 tahun lalu berkata kemudahan kad akses pada lif tersebut akan mengelakkan segelintir penduduk daripada terus tidak membayar fi penyelenggaraan.
"Bagi saya kalau ada kemudahan kad akses ini amat bagus kerana ada penduduk yang tak bayar yuran. Selepas ini, kalau mereka tidak bayar, mereka tidak akan dapat naik lif menggunakan kad akses," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2017
![Flat kos rendah diwajib ada taska - Noh Omar Flat kos rendah diwajib ada taska - Noh Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436750169_NohOmar.jpg)
, Noh berkata kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.1 juta untuk memberi kemudahan dua lif baharu kepada Blok 6 flat berkenaan manakala lif di Blok 4 akan dibaiki. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Flat kos rendah diwajib ada taska - Noh Omar Flat kos rendah diwajib ada taska - Noh Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436750169_NohOmar.jpg)
Flat kos rendah diwajib ada taska - Noh Omar
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mewajibkan flat kos rendah mempunyai Taska, kata Menterinya Tan Sri Noh Omar.
![Tanah runtuh Serendah: Kerajaan sedia beri bantuan kepada 64 keluarga - Noh Tanah runtuh Serendah: Kerajaan sedia beri bantuan kepada 64 keluarga - Noh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51480140746_Tanahruntuh.jpg)
Tanah runtuh Serendah: Kerajaan sedia beri bantuan kepada 64 keluarga - Noh
Dua bentuk bantuan perumahan akan diberikan iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau rumah kos rendah yang dibina di atas tanah mangsa tanah runtuh sendiri.
![Kos sampingan PBT antara faktor harga rumah tinggi - Halimah Kos sampingan PBT antara faktor harga rumah tinggi - Halimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41477066670_rumah.jpg)
Kos sampingan PBT antara faktor harga rumah tinggi - Halimah
KPKT mendapati kos sampingan dikenakan PBT antara faktor menyebabkan harga rumah di pasaran tinggi.
![Perak harap 2,000 unit PPR dibina tahun depan Perak harap 2,000 unit PPR dibina tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51459613713_RumahPPRT.jpg)
Perak harap 2,000 unit PPR dibina tahun depan
Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) akan diminta untuk menggerakkan usaha agar kementerian dapat membina rumah tersebut di Perak.
![KPKT harus buat kajian tentang kualiti bahan binaan PPR - Jazlan KPKT harus buat kajian tentang kualiti bahan binaan PPR - Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51458638148_NurJazlanMohamed.jpg)
KPKT harus buat kajian tentang kualiti bahan binaan PPR - Jazlan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini diminta mengkaji semula kualiti bahan binaan yang digunakan kontraktor dalam memajukan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
![Isu Sungai Kilim: Kebocoran di tapak pembuangan sampah punca pencemaran Isu Sungai Kilim: Kebocoran di tapak pembuangan sampah punca pencemaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/41472222461_sampahkilimLangka.jpg)
Isu Sungai Kilim: Kebocoran di tapak pembuangan sampah punca pencemaran
Bagaimanapun, menurut beliau, kerja pembaikan sedang giat dijalankan ditapak berkenaan.
![Langkah kawal harga rumah beri impak positif Langkah kawal harga rumah beri impak positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448521982_PPR.jpg)
Langkah kawal harga rumah beri impak positif
Langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam mengawal harga rumah dan mengelakkan spekulasi harga rumah telah menunjukkan kesan positif.
![Kerajaan negeri Sabah dicadang kenakan syarat pemaju bina 50 peratus rumah mampu milik Kerajaan negeri Sabah dicadang kenakan syarat pemaju bina 50 peratus rumah mampu milik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51437234226_RAHMANDAHLAN.jpg)
Kerajaan negeri Sabah dicadang kenakan syarat pemaju bina 50 peratus rumah mampu milik
Syarat seperti itu penting untuk berlaku adil kepada ramai rakyat Sabah yang ingin memiliki rumah namun tidak berupaya berbuat demikian.
![Asingkan kuasa JPM sebagai agensi penguatkuasa dan pembangun hartanah - Rahman Asingkan kuasa JPM sebagai agensi penguatkuasa dan pembangun hartanah - Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436951988_RAHMANDAHLAN.jpg)
Asingkan kuasa JPM sebagai agensi penguatkuasa dan pembangun hartanah - Rahman
Datuk Abdul Rahman berkata satu agensi perlu diwujudkan bagi membantu JPM lebih produktif dan berdaya saing dalam industri hartanah serta perumahan negara.