Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendapati kos sampingan dikenakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) antara faktor menyebabkan harga rumah di pasaran tinggi.
Timbalan Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pihak kementerian sedang menyiapkan kertas kerja dalam usaha untuk menangani masalah itu.
Antara faktor menyebabkan harga rumah meningkat adalah kos penyediaan tanah, caj pembangunan, premium tanah dan kos tambahan yang ditentukan oleh PBT, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Perancangan Kebangsaan bersempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2016, di sini pada Khamis.
Beliau berkata kementerian akan merujuk perkara itu kepada Majlis Perumahan Negara untuk dibincangkan dengan pihak kerajaan negeri dalam masa terdekat.
Katanya antara yang akan dibincangkan adalah usaha menyelaraskan kuota 30 peratus untuk pembinaan rumah kos rendah yang dikenakan terhadap pemaju perumahan di bawah Dasar Perumahan Negara.
"Selain menyerahkan kepada kerajaan pusat dan Bank Negara dalam menjalankan 'cooling measure' untuk perkara tersebut... selain mendapatkan bantuan daripada kerajaan negeri dalam mengurangkan harga rumah.
"Soal perumahan bukan hanya tertakluk pada kuasa peruntukan melalui akta yang ada pada KPKT sahaja, tapi ia juga bergantung pada peruntukan kuasa yang ada pada kerajaan negeri," katanya.
Menyentuh mengenai persidangan hari ini yang bertemakan 'Komuniti Sihat, Bandaraya Sihat bagi Pembangunan Lestari', Halimah berkata ia bukan hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal malah turut membincangkan langkah-langkah pembangunan secara menyeluruh merangkumi aspek persekitaran dan kesihatan penduduk.
Sehingga kini, jumlah penduduk di bandar merangkumi 75 peratus atau 23.4 juta rakyat negara ini daripada kira-kira 30 juta penduduk, dan dijangka jumlah penduduk bandar akan meningkat kepada 35 juta pada 2040, katanya.
Persidangan itu disertai hampir 300 peserta terdiri daripada pihak PBT, pakar, pemaju perumahan dan pelajar universiti. - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2016

Kementerian akan merujuk perkara itu kepada Majlis Perumahan Negara untuk dibincangkan dengan pihak kerajaan negeri dalam masa terdekat. - Foto Bernama

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Pas Johor belum terima maklumat penyertaan Halimah
Abdullah berkata, pihaknya tidak dapat membuat sebarang kenyataan berhubung kesediaan Pas untuk menerima bekas menteri itu.

Semarak UNITI Keluarga Malaysia, mekanisme terbaik satu padu bangsa Malaysia!
SUKM edisi ketujuh berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung dan memberi ruang kepada semua untuk berinteraksi dan saling mengenali.

Program Galeri UNITI jadi platform menghayati Keluarga Malaysia
Ia memaparkan kepelbagaian seni, budaya dan adat resam yang menjadi amalan masyarakat majmuk di Malaysia.

Koir Perpaduan Keluarga Malaysia tanam semangat cintakan negara melalui seni muzik
Kumpulan The North Harmony dari Sabah dinobatkan sebagai johan dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000, Piala Menteri Perpaduan Negara, trofi termasuk sijil.

KPN kerjasama dengan AEON BiG anjur Program Galeri UNITI pupuk semangat perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah bekerjasama dengan AEON BiG (M) Sdn Bhd menganjurkan Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia sebagai usaha menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Semarak Uniti Keluarga Malaysia rai perpaduan, kepelbagaian Keluarga Malaysia
Ia bakal menjadi tapak integrasi menyemarakkan dan memperbanyakkan detik perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia yang meraikan kepelbagaian.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Ramadan platform terbaik tingkat semangat Keluarga Malaysia - Halimah
Ramadan adalah bulan mendidik masyarakat menjadi insan sabar dan mempunyai nilai empati yang tinggi khususnya kepada golongan kurang bernasib baik.

Tahun Baharu Cina 2022: Aktiviti makan keluarga, ziarah dibenarkan
Putrajaya hari ini mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Tahun Baru Cina 2022 yang lebih longgar berbanding tahun lepas.

Noridah dilantik sebagai KSU Kementerian Perpaduan
Noridah, anak kelahiran Jerantut, Pahang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha di kementerian yang sama.