KUALA LUMPUR: Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia yang diadakan di pusat membeli-belah Berjaya Times Square di sini disifatkan dapat menjadi platform penghayatan terhadap kepelbagaian seni, budaya dan adat resam yang menjadi amalan masyarakat majmuk di Malaysia.
Program memasuki edisi kedua anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bersama rakan strategik Berjaya Corporation Berhad itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 6 November ini dan dipenuhi pelbagai pengisian menarik.
Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, kementerian sangat komited dalam memaparkan kepelbagaian Keluarga Malaysia kepada masyarakat.
“Kementerian sangat komited dalam mengeksplorasi tapak-tapak integrasi penyatuan Keluarga Malaysia dan momen-momen ini dihimpunkan dalam bentuk sebuah galeri.
“Beberapa pengisian utama telah dijadualkan sepanjang program berlangsung merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pameran rumah KAMI; citarasa menu Keluarga Malaysia; persembahan budaya pelbagai etnik dan permainan sukan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan merasmikan Galeri UNITI Keluarga Malaysia, di sini, pada Jumaat.
Hadir sama, Ketua Setiausaha KPN, Datuk Noridah Abdul Rahim dan Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad, Senator Datuk Seri Zurainah Musa.
Pada majlis sama, Halimah turut menyampaikan sijil rakan strategik kepada Berjaya Times Square Management Corporation kerana berganding bahu memperluas jalinan kerjasama antara agensi awam dan swasta.
Katanya, peranan menggalas aspirasi perpaduan nasional adalah tanggungjawab merentasi pelbagai organisasi.
Terdahulu, edisi pertama telah diadakan pada 29 September sehingga 9 Oktober lalu di AEON BIG (M) Sdn Bhd.
Ehsan A Marisah
Fri Nov 04 2022
![Program Galeri UNITI jadi platform menghayati Keluarga Malaysia Program Galeri UNITI jadi platform menghayati Keluarga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667568181_GaleriUNITIKeluarg.jpg)
Majlis perasmian Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia di Berjaya Times Square, pada Jumaat. - Foto Kementerian Perpaduan Negara
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
![Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735041110_SULTANPAHANG.jpg)
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
AWANI Borneo [24/12/2024] – Kes Bunuh ‘Amoi’ | ‘Hotspot’ Banjir | Sambutan Sederhana
Tumpuan AWANI Borneo 24 Dis 2024 bersama Pia Ernadya
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
Sambutan di Sibu sederhana, penduduk raikan bersama keluarga
Penduduk di Sibu sambut Krismas di bandar dan pulang kampung halaman ketika Gawai.
Selami nilai kasih sayang, kukuhkan semangat persaudaraan
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengajak rakyat Sarawak menyelami nilai kasih sayang bersama keluarga dan sahabat handai, memohon kemaafan serta mengukuhkan semangat persaudaraan yang tulus antara satu sama lain sempena sambutan Krismas.
Pengusaha bot penambang ambil langkah berjaga-jaga
Pengusaha atau pengendali bot penambang di daerah Sandakan sentiasa memastikan keselamatan penumpang terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.
Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita, Nurul Asikin Lan, yang mayatnya ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan pada 14 Disember lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Bina Semula Acheh Dengan Ilmu & Tenaga Manusia
Bagaimana mangsa Tsunami 2004 bangkit membina semula kehidupan mereka setelah 20 tahun tragedi yang meragut lebih 200,000 mangsa angsa di Indonesia, Thailand, India, Maldives dan Sri Lanka? Ikuti perkongsian bersama Editor Kanan, Nazri Kahar.
![Program Galeri UNITI jadi platform menghayati Keluarga Malaysia Program Galeri UNITI jadi platform menghayati Keluarga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667568181_GaleriUNITIKeluarg.jpg)
Program Galeri UNITI jadi platform menghayati Keluarga Malaysia
Ia memaparkan kepelbagaian seni, budaya dan adat resam yang menjadi amalan masyarakat majmuk di Malaysia.