KUALA LUMPUR: Sebuah premis di Sunway Velocity Cheras diserbu Unit Penguatkuasa, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada 29 Jun lepas kerana menjalankan aktiviti penggambaran filem dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ketua Pegawai Eksekutif Finas Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pihak berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 22 (1) Akta FINAS 1981 (Akta 244).
"Finas ingin mengingatkan kepada semua syarikat produksi untuk terus mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membendung kes penularan pandemik COVID-19.
"Finas juga menyatakan komitmen untuk bertindak lebih agresif dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan SOP ini serta mengalu-alukan sebarang aduan daripada masyarakat awam untuk melaporkan kepada Finas sekiranya mendapati berlaku pelanggaran SOP melibatkan aktiviti penggambaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi talian 03-41041300 (Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan) dan e-mel ke info@finas.my untuk sebarang pertanyaan dan aduan.
Bernama
Fri Jul 02 2021

Tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pihak berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 22 (1) Akta FINAS 1981 (Akta 244). - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Isu kerja lebih masa: Finas akan laksana kontrak standard tahun ini
Finas akan melaksanakan kontrak standard libatkan kru, pelakon dan penerbit yang mengandungi klausa terperinci berhubung isu kerja lebih masa.

Finas akan latih akauntan untuk ceburi industri kreatif
Finas akan menyediakan latihan kepada akauntan untuk terlibat dalam industri kreatif.

FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif
FINAS tekad mengambil inisiatif memberi bantuan kepada penggiat industri kreatif menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri.

Azmir Saifuddin dilantik sebagai CEO Finas
Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa esok.

Senator Zurainah dilantik Pengerusi FINAS, Mohamad Salim Pengerusi Interim MCMC
Senator Datuk Seri Zurainah Musa dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa hari ini sehingga 9 Jun 2024.

Kejayaan Kampung Latah Kena Kuarantin jadi tanda aras inisiatif dana kerajaan - Finas
Kampung Latah Kena Kuarantin jadi pemangkin dan nilai tambah kepada pembangunan karya filem tempatan.

Finas serbu produksi jalankan penggambaran
Tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pihak berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 22 (1) Akta FINAS 1981 (Akta 244).

Festival Filem Malaysia ke-31 berkonsepkan norma baharu, Oktober ini
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersetuju dengan cadangan untuk penganjuran Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang dijangka pada Oktober depan.

Eizlan Yusof terajui Skim Wajib Tayang Finas
Datuk Seri Eizlan Yusof dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), berkuat kuasa mulai 15 Mac 2021 hingga 22 Mei 2022.

Penyelewengan Dana Kandungan Digital, 9 syarikat masih gagal dikesan - FINAS
FINAS mendedahkan setakat ini masih ada sembilan daripada 44 buah syarikat produksi yang masih gagal berhubung dengan pihaknya.