KOTA BHARU:Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mendedahkan setakat ini masih ada sembilan daripada 44 buah syarikat produksi yang masih gagal berhubung dengan pihaknya, berkaitan penyelewengan Dana Kandungan Digital (DKD).
Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid berkata, sembilan syarikat itu melibatkan dana sebanyak RM11 juta dan berharap agar mereka segera menghubungi FINAS untuk perbincangan lanjut.
Beliau berkata FINAS bukannya mahu mengambil tindakan ke atas mereka tetapi bertujuan memajukan perfileman negara malah mereka boleh melakukan perbincangan dan memberi penjelasan apakah masalah sebenar yang dihadapi mereka.
"Ada sembilan lagi syarikat yang gagal dikesan dan kita berharap mereka akan tahu mengenainya melalui pendedahan media.
"Kita juga mahu mengetahui sama ada projek mereka berjalan ataupun tidak, kalau berjalan dan masih perlu menambah dana kita akan bantu. Kalau dah tidak berjalan, kembalikan semula dana dan kita boleh jalankan projek baru," katanya kepada pemberita selepas melakukan ziarah ke atas penulis lirik dah pelawak terkenal Bob Lokman, yang baru sahaja menjalani rawatan komplikasi jantung di rumahnya di Kubang Kerian di sini, hari ini.
Pada masa sama, FINAS juga turut melakukan ziarah ke atas penyanyi yang terkenal dengan lagu "Nasi Dagang" Rosemaria Abdul Hamid, di rumahnya di Jalan Sultanah Zainab di sini.
Zakaria berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga penghujung bulan ini kepada sembilan lagi syarikat berkenaan, untuk datang kepada FINAS untuk mencari jalan penyelesaian.
Jelasnya, setakat yang boleh FINAS tidak mahu perkara ini dibawa sehingga peringkat guaman, kerana tidak mahu rekod mereka (syarikat terbabit) buruk dan tidak boleh meminta dana di masa hadapan.
"Kalau boleh kita juga mahu tahu setakat mana projek mereka sudah dijalankan. Kalau bagus kita boleh beri dana tambahan kerana apa yang diberitahu ada di antara projek itu sudah siap, cuma pada penghujung ada sedikit masalah.
"FINAS sebenarnya ada dana bagi tujuan pemasaran dah sekiranya ada masalah kita boleh bantu. Niat kita baik untuk bantu syarikat, kerana kita tahu kerana sedikit masalah, projek mereka terbengkalai," katanya.
Difahamkan, keseluruhan dana yang melibatkan 44 syarikat berkenaan adalah berjumlah RM32 juta yang disalurkan Julai 2015 hingga 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 14 2020

FINAS memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada sembilan lagi syarikat berkenaan, untuk datang kepada FINAS untuk mencari jalan penyelesaian.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama
Finas akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi memantau pematuhan kepada syarat-syarat penerbitan filem atau drama di negara ini.

Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa.

Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.

FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.

Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.

Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.

FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.

FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.

FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.