PASIR GUDANG: FGV Holdings Bhd, salah satu syarikat pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar di dunia, menyasarkan untuk menembusi setiap isi rumah di Malaysia dengan seberapa banyak produk makanannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Nazrul Mansor berkata, kumpulan itu menyasarkan setiap dapur isi rumah di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus daripada rangkaian produk makanannya yang pelbagai menjelang 2030.
Beliau berkata, ini selaras dengan aspirasinya untuk menjadi syarikat makanan Malaysia yang terkemuka dan menyokong objektif kerajaan dalam Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.
"Ini adalah aspirasi 2030 kami dan untuk kami menjadi kuasa sebenar dalam pasaran, kami telah melakukan banyak kerja asas dan menggunakan firma perunding multinasional untuk menasihati kami.
"Selain itu, kami akan melakukan banyak kerja-kerja pemasaran, publisiti dan menggaji orang yang tepat untuk memastikan aspirasi ini dipenuhi," kata Nazrul semasa lawatan media ke anak syarikat kumpulan, Delima Oil Products Sdn Bhd di Pasir Gudang, Johor pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Shammim Azad Kamruzaman berkata Saji ialah jenama minyak masak bertapis nombor satu di Malaysia dengan menguasai 45.6 peratus bahagian pasaran, manakala Seri Pelangi ialah jenama marjerin nombor satu di Malaysia dengan 42.8 peratus bahagian pasaran.
Beliau berkata syarikat itu meneruskan usahanya dalam pembinaan jenama, kedudukan produk dan penembusan pasaran untuk kekal di kedudukan teratas pasaran di tengah-tengah jangkaan ketidaktentuan ekonomi tahun ini.
Delima Oil mengedarkan produk makanannya melalui enam pejabat di Semenanjung dan Malaysia Timur, manakala di peringkat antarabangsa pula ialah di lebih 30 negara di Amerika Utara, Afrika Utara, Timur Tengah, Eropah Timur, Asia Tengah dan Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023

Deretan produk makanan seperti beras, sos, dan krimer tin yang dihasilkan oleh Delima Oil Products. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan mandat biodiesel B40 - Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.

Pekebun kecil disaran tingkat hasil sawit hingga 10 tan setahun untuk perkukuh industri - Johari
Golongan pekebun kecil kelapa sawit disaran untuk meningkatkan kadar pengeluaran hasil antara lima hingga 10 tan metrik setahun.

FGV sempurnakan agihan dan pembayaran zakat bagi 2024 berjumlah RM19.9 juta
Sesi kesembilan program FGV Seikhlas Hati bagi tahun 2024 memberi manfaat kepada kira-kira 1,900 orang asnaf seluruh negara.

FGV pacu kemajuan industri sawit melalui inovasi lestari
FGV Holdings Berhad (FGV) telah mengadakan program bersama media bagi mempamerkan usaha-usaha kelestarian yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut dalam menetapkan penanda aras baharu industri sawit.

FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.

FGV akan laksanakan pembaharuan, inovasi pastikan hasil kelapa sawit tidak terjejas
FGV melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi mencari jalan memastikan hasil ladang dapat menampung keperluan dan permintaan pasaran.

FGV kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja bertanggungjawab
FGV Holdings Bhd kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dan prinsip 'tiada yuran pengambilan' untuk bekas pekerja migran melalui program pembayaran baliknya.

FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang
FGV Holdings Bhd (FGV) melancarkan Rangka Kerja Kelestarian terbaharu yang diperkasa, sekali gus mengorak langkah ke arah komitmen berterusan FGV terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.

Keuntungan bersih FGV turun kepada RM103 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan perniagaan perladangan sebelum zakat dan cukai merosot daripada RM2.12 bilion kepada RM294.82 juta.