JOHOR BAHRU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan RM2 juta nilai jualan bagi penganjuran Karnival Agro Madani 2024 yang menjelajah enam negeri bermula 30 Mei hingga 27 Julai ini.
Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli berkata setakat ini, karnival itu telah diadakan di Pasar Tani Kekal (PTK) Sebarang Jaya, Pulau Pinang; PTK Chini, Pahang; PTK Chukai, Terengganu dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan dengan tempoh penganjuran selama tiga hari bagi setiap lokasi.
Beliau berkata karnival berkenaan di PTK Datin Halimah di sini pula bermula semalam, manakala lokasi terakhir iaitu di PTK Changlun Kedah pada 25 Julai depan.
"Sambutan setakat ini kalau kita nilai, pertama sekali kita tengok (kebanyakan) pengunjung berbaris untuk membeli Jualan Kombo Madani dan berdasarkan itu ia telah menggambarkan sambutan luar biasa.
"Kita lihat pengusaha turut bekerjasama dan sanggup menurunkan harga barang, meski kita tidak mengeluarkan subsidi.
"Oleh sebab itu kita boleh meneruskan program seumpama ini dengan tarikan-tarikan yang membantu meningkatkan kehadiran pengunjung," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Agro Madani @ PTK Datin Halimah semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA Faisal Iswardi Ismail dan Pengarah FAMA Negeri Johor Faidz Afizi Mohamed.
Aminuddin berkata karnival itu dijangka mampu menarik lebih 200,000 pengunjung dengan penyertaan seramai 689 usahawan.
Menurutnya, pelbagai barang jualan ditawarkan menerusi karnival itu antaranya produk segar dan keperluan harian dengan tawaran potongan harga antara 10 hingga 30 peratus.
Aminuddin dalam pada itu berkata penganjuran tersebut dilihat dapat meningkatkan kebolehcapaian dan ketersediaan bekalan produk segar dan produk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memudahkan pengguna mendapatkan bekalan produk pada harga mampu milik di outlet pemasaran FAMA seperti di PTK.
Terdahulu, Karnival Agro Madani@PTK Datin Halimah yang akan berakhir pada Ahad, menawarkan pelbagai jualan menarik antaranya Jualan Happy Hour Kombo Madani, jualan istimewa ayam dan hasil laut seperti RM6.99 bagi sekilogram (kg) ayam, ikan siakap RM2 seekor dan jualan beras putih tempatan.
Pelbagai tarikan seperti makanan popular, industri asas tani usahawan tempatan, sayur-sayuran segar dan buah-buahan bermusim terutama durian turut diadakan.
Pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti Pertandingan Best of The Best Mee Bandung Johor, sukan rakyat dan demonstrasi kulinari produk ternakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Aminuddin (dua, kiri) melawat ruang pameran produk buah-buahan sempena Karnival Agro Madani @ PTK Datin Halimah di Johor Bahru semalam. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

FAMA jamin bekalan kelapa menjelang Ramadan mencukupi
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi menjelang Ramadan ini, susulan langkah intervensi yang telah diambil bagi mengatasi isu berkenaan.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.

500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.

Ladang tembikai wangi premium pertama di Malaysia: Mardi, Fama beri khidmat rundingan
Antara bantuan yang diberikan Mardi dan FAMA ialah khidmat rundingan berhubung pengendalian lepas tuai.

Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024
Lebih 85,000 anak pokok dijual sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang boleh memanfaatkan tanah seluas 839 hektar.

MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh
FAMA yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.

FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.

FAMA sasar RM5 juta jualan di MAHA 2024
Sasaran itu meliputi lima kluster termasuk Kingdom of Agro Food; Food Empire & Food Viral; Food Truck Fiesta; Food Trade dan Rhythm of Farmers.

FAMA, TikTok anjur Kursus Pemasaran Digital buat usahawan OKU
FAMA dengan kerjasama TikTok Shop menganjurkan Kursus Upskilling Live Marketing bagi meningkatkan kemahiran usahawan OKU dalam pemasaran digital bermula Jumaat hingga Ahad lepas.

Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura
Ekspo Malaysia Fest 2024 selama empat hari bermula Khamis di Singapore Expo, Changi, menyasarkan nilai jualan langsung hampir RM20 juta dan 140,000 pengunjung.