KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu yang menyambut perayaan itu esok.

"Semoga semangat Malaysia Madani mampu mengeratkan lagi hubungan antara semua kaum dan agama di Malaysia," katanya dalam hantaran di Facebook.

Dijangkakan lebih 300,000 pengunjung berada di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam bermula petang tadi hingga esok, menurut Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi.

Thaipusam yang dirai pada bulan 'Thai', bulan ke-10 dalam kalendar Tamil, disambut penganut agama Hindu sempena memperingati kelahiran Dewa Murugan.

-- BERNAMA