KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan awan Antarabangsa, Amazon Web Services (AWS) mengumumkan untuk melabur kira-kira RM25.5 bilion dalam tempoh 15 tahun untuk wilayah infrastruktur baharunya di Malaysia, sekali gus mengesahkan kepentingan negara yang semakin membangun sebagai hab digital pilihan di ASEAN.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pembangunan itu adalah sokongan yang terang terhadap keupayaan dan kapasiti Malaysia yang membolehkan negara memangkinkan pertumbuhan ekonominya.
"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji usaha pelbagai kementerian dan agensi yang terlibat dalam membawa AWS ke negara kita.
"Ini termasuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Agensi Penggalakan Pelaburan digital peneraju di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD)," katanya dalam teks ucapan pada sesi ucapan menteri sempena AWS Cloud Day Malaysia.
Teks ucapan Fahmi disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
Fahmi berkata KKD melalui MDEC telah memulakan dan memperjuangkan Dasar Awan Pertama, yang ternyata menjadi salah satu faktor keputusan utama untuk pelaburan pusat data penskalaan hiper di Malaysia.
"Komitmen kami terhadap penggunaan teknologi awan untuk semua aplikasi, platform dan infrastruktur baharu, dalam memajukan perkhidmatan kerajaan dan rakyat kepada alatan dan aplikasi, akan kekal teguh.
"KKD, MDEC dan kerajaan Malaysia, akan terus menawarkan sokongan dan kemudahan kepada AWS, khususnya dalam bidang dasar yang berkaitan dengan perlindungan data, privasi dan keselamatan, peraturan perkhidmatan awan, dan sambungan berkelajuan tinggi," katanya.
Fahmi seterusnya menghuraikan lebih lanjut bahawa selain potensi skalabiliti dan fleksibiliti yang akan mengubah operasi dan inovasi perniagaan, kehadiran AWS juga boleh menawarkan keselamatan yang diperlukan untuk mengikuti transformasi digital negara yang semakin berkembang pesat.
Beliau juga mengalu-alukan AWS ke dalam Malaysia Digital Fold, satu inisiatif strategik nasional baharu yang akan menawarkan pelabur fleksibel, tangkas dan cadangan yang relevan, dengan mengambil kira keperluan dan kehendak mereka hari ini dan esok.
Wilayah AWS baharu akan membolehkan pelanggan yang mempunyai keutamaan pemastautin data untuk menyimpan data dengan selamat di Malaysia, membolehkan pelanggan mencapai kependaman yang lebih rendah, dan memenuhi permintaan untuk perkhidmatan awan di seluruh Asia Tenggara.
Pelanggannya daripada syarikat pemula, perusahaan kepada organisasi kerajaan dan bukan untung akan dapat menggunakan teknologi termaju daripada perkhidmatan awan terkemuka dunia untuk memacu inovasi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Drama Cyber999 sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2023 di Angkasapuri hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.
Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.
Perdagangan dua hala Malaysia-China cecah hampir AS$98 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2024
Hubungan ekonomi Malaysia-China terus mengukuh, dengan perdagangan dua hala mencecah hampir AS$98 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama 2024.
Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar
JKSN sokong usaha NACSA untuk terus meneraju inisiatif pengukuhan keselamatan siber negara terutamanya dalam melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
Malaysia menyerlah sebagai sinar harapan dalam kestabilan dan kemajuan di sebalik ketidaktentuan global
Keupayaan Malaysia untuk menghadapi keadaan mencabar adalah disebabkan asas ekonominya yang kukuh.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.