KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan syarikat-syarikat telekomunikasi akan bermesyuarat pada Isnin susulan keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan rangkaian 5G di bawah rangkaian tunggal melalui Digital Nasional Berhad (DNB) hingga mencapai 80 peratus kawasan berpenduduk sehingga akhir tahun ini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata beliau akan menjelaskan keputusan kerajaan untuk beralih kepada model dwirangkaian melibatkan beberapa entiti disertai syarikat telekomunikasi bagi menjalin kerjasama membina menara telekomunikasi yang mencukupi dalam usaha memastikan wujud aspek kelewahan atau lebih daripada satu rangkaian selepas sasaran liputan 5G di bawah rangkaian tunggal itu dicapai.
"Ini bagi memastikan jika ada masalah berlaku pada satu-satu rangkaian (telekomunikasi), masih ada sokongan," katanya kepada pemberita pada majlis Raya + Influencer 2023 di Muzium Telekom di sini hari ini.
Beliau berkata perancangan itu diharap akan menjadi situasi menang-menang dengan hak rakyat diutamakan dan pada masa sama, isu monopoli diselesaikan.
Mengenai isu liputan 4G, Fahmi berkata biarpun capaian dikatakan sudah mencapai 96.92 peratus namun realitinya tidak demikian kerana angka itu cuma agregat atau komposit peratusan capaian semua syarikat telekomunikasi.
Beliau berkata ini menyebabkan pengguna sering terpaksa menggunakan dua kad sim atau lebih daripada satu syarikat perkhidmatan telekomunikasi.
"Apabila balik kampung contohnya, tidak ada liputan syarikat telekomunikasi A dan pengguna terpaksa berbelanja lebih untuk syarikat telekomunikasi B.
"Saya telah mengeluarkan arahan supaya perkara ini diselesaikan bermula bulan Jun," katanya.
Ditanya mengenai isu judi dalam talian dan iklan palsu di platform media sosial, Fahmi berkata MCMC akan bertemu pihak Meta Platforms Inc (Meta) iaitu pemilik platform media sosial Facebook dan Instagram untuk cuba memahami sebab mereka lambat mengenal pasti penipuan yang berlaku.
Katanya beliau juga telah mengarahkan Pengerusi MCMC untuk memanggil pihak Meta berhubung perkara itu selain berpandangan ada kewajarannya syarikat penyedia perkhidmatan media sosial itu membuka pejabat di Malaysia bagi memudahkan pemantauan perkhidmatan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap ketika menghadiri Majlis Raya Fluencer 2023 bersama Pengguna Media Sosial di Muzium Telekom hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video dakwaan rasuah ADUN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengarahkan pengendali media sosial untuk menurunkan audio dan video berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.
MCMC siasat pelajar IPTA dipercayai jual video lucah babitkan adegan diri sendiri di platform X
Siasatan awal MCMC mendapati kegiatan suspek bermula sejak 2021 dengan beliau memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain di aplikasi sama.
Syarat tambahan MCMC kepada U Mobile untuk pastikan keseimbangan, persaingan sihat - Fahmi
MCMC berhak mengenakan syarat tambahan kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd sebelum memberikan spektrum untuk menjadi pelaksana rangkaian 5G kedua negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Rangkaian 5G kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
MCMC akan mengenakan beberapa syarat kepada U Mobile untuk memastikan tatakelola dan kelancaran rangkaian 5G Kedua negara.
Pelesenan media sosial: Kebebasan tanpa sempadan hanya mengundang malapetaka - Fahmi
Pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial bukan bermakna kerajaan akan menapis internet.
MCMC jalan kajian penilaian ketersediaan 5G untuk industri Malaysia
MCMC dengan kerjasama MIDA akan menjalankan Kajian Penilaian Ketersediaan 5G untuk Industri Malaysia.