MCMC dalam kenyataan memaklumkan kajian kali pertama berkenaan yang akan dijalankan hingga 1 Dis ini bertujuan menganalisis jurang penerimaan 5G dalam kalangan syarikat dalam industri yang dikenal pasti di Malaysia.
Kajian ini akan menilai kesediaan syarikat dalam mengadaptasi teknologi berasaskan 5G, mengenal pasti cabaran penggunaan 5G dalam kalangan syarikat serta mendapatkan input untuk inovasi yang lebih baik dan meningkatkan kualiti penyedia perkhidmatan.
"Ketersediaan perkhidmatan 5G yang meluas akan menyokong industri-industri kritikal terutamanya dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam aspek inovasi, kecekapan dan daya saing mereka dalam landskap digital yang pantas berkembang," menurut kenyataan itu.
MCMC memaklumkan, penyertaan oleh pihak perusahaan adalah penting dalam menyokong inisiatif MCMC dan MIDA untuk memajukan penyebaran teknologi 5G.
Syarikat-syarikat dijemput untuk mengambil bahagian dengan mengakses portal kajian menerusi pautan https://survey.zohopublic.com/zs/PTD3Mj.
Sebarang perubahan terhadap tempoh kajian akan diumumkan menerusi laman web MCMC http://www.mcmc.gov.my.
-- BERNAMA