Menerusi perkongsian di Facebooknya hari ini, beliau berkata hubungan erat itu juga sekali gus menggalakkan pelaburan daripada syarikat berasaskan teknologi digital dari China.
Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia Ouyang Yujing dan delegasi di pejabatnya di Putrajaya.

Sementara itu menerusi catatan lain, Fahmi turut memaklumkan menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D. McFeeters di pejabatnya.
Beliau berkata Malaysia dan Amerika Syarikat akan terus memperkasa ruang kerjasama dalam bidang telekomunikasi, ekonomi digital dan keselamatan siber, yang sekali gus memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.
Antara yang turut hadir dalam kedua-dua pertemuan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek.
-- BERNAMA