KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan mengadakan sesi libat urus bersama Digital Nasional Berhad (DNB) dan semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi esok bagi membincangkan berkenaan capaian rangkaian 5G di negara ini.
Beliau berkata antara perkara yang akan dibincangkan adalah supaya DNB diurus dengan lebih telus dan terbuka.
"Pada awalnya ada perancangan untuk saya keluar negara bagi menyertai beberapa program di sana, tetapi saya telah membatalkan kerana pengumuman Perdana Menteri (berkenaan DNB), maka fokus saya dan kementerian adalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pihak DNB dan semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
"Ini hasrat Perdana Menteri dan kita perlu pastikan DNB itu dapat diurus dengan lebih telus, lebih terbuka dan ini adalah antara perkara-perkara yang kita perlu bincangkan sekarang," katanya dalam sesi temu bual secara langsung oleh RTM di Parlimen, di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini berkata Kerajaan Perpaduan kini mengambil pendekatan supaya DNB diuruskan dengan lebih telus dan terangkum supaya mencapai penyertaan penuh oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
Fahmi berkata antara objektif yang akan ditetapkan untuk DNB adalah memastikan pelaksanaan 5G dapat mencapai 80 peratus bagi kawasan berpenduduk di seluruh negara menjelang penghujung tahun ini.
Dalam pada itu, ketika ditemui Bernama, beliau berkata peruntukan berjumlah RM10 juta untuk National Scam Response Centre (NSRC) akan membantu membanteras jenayah penipuan di negara ini.
"Tindakan juga perlu diambil sebagai contoh untuk memperkukuh Akta Perlindungan Data Peribadi dan mewujudkan Suruhanjaya Keselamatan Siber. Ini antara ikhtiar yang sedang dirancang oleh pihak kementerian untuk memastikan keberkesanan NSRC dalam membanteras jenayah penipuan dalam negara kita," katanya.
Secara keseluruhan, beliau berkata Belanjawan 2023 menumpukan pelbagai ikhtiar kepada segenap lapisan masyarakat.
"Bantuan kepada pesawah dan juga perkongsian keuntungan ataupun 30 peratus keuntungan bersih daripada BERNAS kepada pesawah merupakan perkara yang tidak pernah difikirkan, tetapi berjaya dilakukan," katanya.
Terdahulu, Anwar mengumumkan selain sumbangan RM60 juta yang disediakan, BERNAS turut bersetuju membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi.
Sementara itu, dalam kenyataan media, Fahmi berkata peruntukan Dana Kandungan Digital berjumlah RM102 juta diharap membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni menghasilkan pelbagai karya kreatif seperti filem, animasi dan muzik bermutu tinggi yang bukan sahaja berjaya di pasaran tempatan, malah mampu menembusi pasaran antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan mengadakan sesi libat urus bersama Digital Nasional Berhad (DNB) dan semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi esok bagi membincangkan berkenaan capaian rangkaian 5G di negara ini. - Foto BERNAMA
Hospital UMS bakal beroperasi pada tahun 2026
Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang sedang dalam proses pembinaan bakal beroperasi pada bulan Januari 2026
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Berikutan kejadian yang berlaku pada tengah hari Selasa, pihak Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghampiri kawasan pantai di situ kerana cuaca yang sangat tidak baik dan keadaan ombak yang tinggi.
Hujan lebat: Rakyat Perlis dinasihatkan berwaspada - MB
Hujan lebat disusuli angin kencang melanda beberapa kawasan sekitar Perlis pada Selasa menyebabkan pokok tumbang, selain gangguan bekalan elektrik.
Jumlah mangsa banjir melebihi 2,000 orang, 11 PPS dibuka
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 2,180 orang mangsa daripada 385 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS).
Ahli GISB dituduh di Mahkamah Putrajaya pada Rabu
Berdasarkan pemakluman kepada media, individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di Mahkamah Putrajaya pada Rabu.
Melaka dalam proses wartakan lima lagi ajaran sebagai sesat
Kerajaan Melaka dalam proses mewartakan lima lagi ajaran dan kegiatan baharu sebagai sesat.
PRK Mahkota: Syed Hussien enggan tabur janji bulan dan bintang, ingin kekal semangat kekeluargaan
Syed Hussien berazam ingin terus mengekalkan semangat kekeluargaan yang dinikmati penduduk di DUN Mahkota.
Meteorit Marikh ditemukan di Antartika dipamerkan di Ekspo Osaka 2025
Ditemukan pada 2000, meteorit itu telah tercampak ke angkasa lepas akibat kesan asteroid di permukaan Marikh.
Perang di Gaza perlu dihentikan, tiada pendudukan semula Israel - Kamala Harris
Calon Presiden AS gesa gencatan senjata serta penyelesaian dua negara dan kestabilan Asia Barat dengan cara yang tidak memperkasakan Iran.
Malaysia-Brazil bekerjasama rebut peluang pasaran halal bernilai AS$3 trilion - Timbalan Menteri
Transaksi pertanian antara kedua-dua negara telah berada dalam aliran menaik sehingga mencecah RM6.4 bilion pada 2023.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.