KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengagihkan sejumlah RM471 juta bantuan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada 217,090 pekebun kecil getah di seluruh negara sejak September 2015 sehingga 31 Julai, 2023, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas telah bersetuju untuk menaikkan paras harga pengaktifan (PHP) IPG bagi getah sekerap sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM2.70 sekilogram daripada RM2.50, dengan kelulusan peruntukan berjumlah RM350 juta.
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh.
"Mengambil kira pendapatan pekebun kecil yang terjejas dengan situasi harga getah yang rendah, kerajaan sedang memuktamadkan penambahbaikan mekanisma IPG yang lebih inklusif dan bersasar, khususnya untuk meningkatkan produktiviti pekebun kecil getah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
LGM berkata kerajaan juga sedang meneliti beberapa inisiatif atau projek-projek berimpak tinggi yang sedia atau berpotensi dilaksanakan, khususnya dalam menjaga kebajikan pekebun kecil getah.
LGM menegaskan bahawa ia mengambil maklum akan keluhan pekebun kecil mengenai situasi harga getah semasa yang rendah, namun ia tidak mengawal atau menetapkan harga getah kerana tiada sebarang peruntukan bidang kuasa di dalam Akta LGM.
"Malahan, Thailand sebagai pengeluar utama getah dunia juga tidak dapat menentukan harga kerana harga ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran dunia," katanya.
Jelasnya lagi, Malaysia, pada masa sekarang hanya mengeluarkan tiga peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah dunia dan tidak mempunyai keupayaan untuk menentukan harga.
"Menyedari cabaran-cabaran semasa ekonomi global, kerajaan sentiasa komited dalam merangka dasar serta strategi bagi meningkatkan daya saing dan daya maju industri getah negara," katanya.
Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh LGM agar pekebun kecil mendapat harga yang lebih baik termasuk jualan getah secara tender dalam talian (MyROL) dan Program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
![Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677237917_Penorehgetah.jpg)
Menurut LGM, Malaysia pada masa sekarang hanya mengeluarkan tiga peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah dunia dan tidak mempunyai keupayaan untuk menentukan harga. - Gambar fail/Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan 1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704855136_KWSP.jpg)
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
![AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684752584_ZafrulAziz.jpg)
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
![Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693196728_penorehgetahsik.jpg)
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
![Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694015898_TBKhairy.jpg)
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
![[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir' [KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694414118_KSPRMKPMAnwar.jpg)
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
![[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara [KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81690861845_AnwarIbrahim.jpg)
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
![Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691118121_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
![Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677237917_Penorehgetah.jpg)
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
![Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690716929_TBRafiziRamli.jpg)
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
![Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690100636_TBProgramKayuhanMega.jpg)
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.