KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
Ketegasan dan iltizam yang berulang kali meniti di bibir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pembentangan Belanjawan 2023 itu bagi memastikan golongan sasaran tidak tercicir menikmati manfaat hasil pertumbuhan ekonomi negara.
Malah, Perdana Menteri sendiri pernah meluahkan ketakutannya berhubung masalah miskin tegar di atas persoalan bagaimana beliau boleh memegang jawatan tertinggi negara sedangkan masih ada rakyat yang tidak cukup makan dan masih belum mampu menyediakan susu anak.
Lantaran itu, Anwar berazam memecahkan rekod, bukan untuk membina bangunan tertinggi di dunia mahupun jambatan megah, sebaliknya menoktahkan kemiskinan tegar di Malaysia yang membabitkan kira-kira 130,000 orang dengan majoritinya kaum Melayu.
Dengan hanya berbaki beberapa bulan lagi menjelang 2024, pastinya ia menjadi cabaran hebat kepada kerajaan untuk merealisasikan hasrat berkenaan.
Salah satu masalah klasik yang dilihat kemungkinan menggagalkan usaha membasmi kemiskinan tegar berterusan ialah dengan cara memberi bantuan menggunakan kaedah memberi ikan, bukannya joran yang disifatkan hanya penyelesaian sementara.
Akses kepada pendidikan dan kemahiran hidup untuk kumpulan ini mesti diberikan keutamaan kerana ia memberikan peluang kepada mereka untuk mengubah status sosioekonomi dan meningkatkan keupayaan sara hidup.
Kerajaan kini dilihat berada di landasan yang tepat apabila telah menambah baik program sedia ada selain memperkenalkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Kementerian Ekonomi.
Program berkenaan menumpukan tiga bidang iaitu Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN), Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).
Strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian dengan mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.
Sejumlah RM750 juta diperuntukkan bagi menjayakannya dan sehingga 31 Ogos lalu, sebanyak 106,492 permohonan telah diterima untuk menyertai program IPR.
Melalui program IPR ini, kerajaan menyasarkan pesertanya berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan.
Atas kertas, usaha itu nampaknya cantik namun masih lagi terdapat keraguan bagaimana memastikan tidak berlaku ketirisan selain pemantauan perjalanan program berkenaan.
Kegagalan menangani kemiskinan tegar seperti yang direncanakan pastinya memotret kenangan hitam kepada kerajaan terutama apabila pertumbuhan ekonomi negara dilihat berada pada landasan yang betul dan boleh dibanggakan.
Terbaharu, Perdana Menteri ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) memaklumkan, sejumlah RM1.5 bilion telah diluluskan untuk menggerakkan program dan projek yang mampu menjana pendapatan bagi golongan sasar.
Ini membuktikan kerajaan tidak omong kosong, sebaliknya menunjukkan kesungguhan dalam menjamin kesejahteraan rakyat demi menjayakan ikrar membasmi kemiskinan tegar pada tahun ini juga.
Malah, berulang kali juga Perdana Menteri menyuarakan jaminan bahawa tiada sesiapa yang akan tercicir ketika menjayakan program membasmi kemiskinan tegar tanpa mengira kaum, agama, mahupun keberadaan mereka sama ada di bandar, desa mahupun pedalaman.
Menurutnya, sehingga 15 Ogos lalu, kerajaan masih bertungkus lumus menyelamatkan hampir 114,000 keluarga miskin tegar daripada cengkaman kemiskinan.
Usaha berterusan inisiatif pembasmian kemiskinan sedang dilaksanakan, antaranya Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar, Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk penduduk luar bandar dan Program Pembangunan Ekonomi Orang Asli.
Sangat janggal sekiranya usaha menoktah kemiskinan tegar tidak dilibatkan bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang dilihat paling dekat dengan masyarakat di luar bandar.
Justeru, KKDW yang diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi komited melaksanakan empat program utama dalam usaha menyokong aspirasi ekonomi MADANI sekali gus menoktahkan kemiskinan tegar.
Empat program itu ialah Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Program Latihan dan Kemahiran Kerjaya (PLKK), Program Desa Lestari dan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK).
Serentak itu, KKDW menyasarkan kadar kemiskinan luar bandar dapat diturunkan ke paras bawah 10 peratus berbanding paras 12 peratus ketika ini.
Memahami ikhtiar membasmi kemiskinan ini memerlukan dana yang besar, sinergi sektor swasta amat diperlukan untuk menyumbang dana secara kolektif sebagai antara inisiatif menoktahkan kemiskinan.
Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom sebelum ini ada menyarankan agar dapat diaktifkan semula cadangan mewujudkan ‘kelab satu peratus’ sebagai ikhtiar menjayakan iltizam Perdana Menteri.
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat luar negara yang beroperasi di Malaysia, diminta meletakkan satu peratus daripada keuntungan ke dalam satu tabung yang dijaga kerajaan untuk menjayakan usaha itu.
Malah, menurutnya, cadangan tersebut telah dipersetujui Anwar pada 1996 ketika beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, namun pelaksanaannya tidak dapat diteruskan ketika itu.
Meneruskan kesinambungan, pendekatan bipartisan juga dilihat antara penyelesaian terbaik dalam menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini berbanding hanya mengharapkan kerajaan semata-mata.
Satu momentum baharu amat diperlukan yang mana kesanggupan semua parti mengenepikan perbezaan politik untuk bekerjasama sekali gus menjadi asas penting keberkesanan usaha pembasmian miskin tegar.
Jika mampu direalisasikan, pasti rakyat yang paling gembira melihat kematangan pemimpin politik yang meletakkan keutamaan jangka panjang negara sebagai pertimbangan utama.
Dengan melimpahkan sumber kekayaan negara kepada golongan memerlukan sekali gus menarik keluar daripada kesesakan ekonomi yang melemaskan saban hari pastinya melegakan golongan sasaran.
Maka, janganlah bersikap sambil lewa atau kelihatan seolah-olah hanya menanam tebu di bibir, kerana jika tidak, jangankan setahun, 10 tahun pun belum tentu negara dapat bertemu noktah dalam isu kemiskinan tegar ini.
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Wed Sep 13 2023
Kerajaan kini dilihat berada di landasan yang tepat apabila telah menambah baik program sedia ada selain memperkenalkan IPR di bawah Kementerian Ekonomi. - Gambar fail/Jabatan Penerangan Malaysia
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025
Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab di hari terakhir WEF 2025.
Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar
Beliau berkata, sejak menerajui kerajaan, dua keutamaan beliau ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar
Beliau berkata adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.
Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
Malaysia mahu tambah baik FTA, merangkumi pendigitalan - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menimbang pendigitalan sebagai sebahagian daripada "penambahbaikan" perjanjian perdagangan bebas.
Malaysia belum ada keperluan mendesak terima guna tenaga nuklear - PM Anwar
Beliau tidak menolak "kemungkinan" menerima guna tenaga tersebut terutamanya dengan perancangan besar dalam pembinaan pusat data di Malaysia.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura jalinan kerjasama luar biasa - PM Anwar
Terdapat elemen saling mempercayai untuk bekerjasama dalam program bersama yang akan memberi manfaat kepada antara satu sama lain.
Isu kenaikan elaun 'on call' pegawai perubatan dibincang Jumaat ini - Dr Dzulkefly
Doktor perubatan dijangka mendapat berita baik berhubung pembayaran kenaikan elaun 'on call' dalam masa terdekat.
PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.