LAHAD DATU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berhasrat memperluas latih amal gabungan pasukan khas dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mengukuhkan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESS ZONE).
Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata pada masa ini latih amal itu melibatkan pasukan khas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi mengkoordinasi kerjasama antara agensi dalam ESS ZONE.
Beliau berkata latih amal itu juga memainkan peranan penting dalam memastikan operasi serta kawalan keselamatan di ESS ZONE yang dilakukan pelbagai agensi dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.
"Latih amal operasi khas ini memberikan satu pengalaman dan kesiapsiagaan mereka dalam melaksanakan operasi, kombinasi pasukan perisikan dan pasukan elit terserlah.
"Pasukan latih amal ini juga boleh digerakkan untuk mengambil bahagian dalam kawalan kedaulatan di tempat-tempat tertentu," katanya dalam sidang media mengenai latihan dalam perkhidmatan pasukan khas ESSCOM di sini hari ini.
Victor berkata latih amal itu juga penting bagi memastikan kesiapsiagaan pasukan terlibat dalam mengekang elemen penculikan untuk wang tebusan (KFR) berikutan elemen itu masih lagi wujud di negara jiran dan dipantau ketat ESSCOM.
Mengulas mengenai latihan dalam perkhidmatan pasukan khas ESSCOM itu, beliau berkata seramai 84 pegawai serta anggota terlibat dalam latih amal yang diadakan di kawasan Kinabatangan serta Lahad Datu sejak 26 Julai lepas sehingga 1 Julai ini.
Katanya latih amal itu berkonsepkan operasi khas dalam keadaan sebenar dilaksanakan di kawasan koloni setinggan sekitar Lahad Datu dan latihan ini dapat menggabungkan semua kepakaran, kesefahaman dan sinergi setiap agensi elit yang terlibat.
Pada siri latihan kali ini, pasukan PDRM terlibat adalah 69 Komando, Unit Tindakhas (UTK), Tiger Platoon Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Gempur Marin (UNGERIN) Pasukan Polis Marin Wilayah 4 dan Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.
ATM terdiri daripada Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Maritim Malaysia adalah Special Task Force and Rescue Team (STAR).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Victor berkata pada masa ini latih amal itu melibatkan pasukan khas daripada PDRM, ATM dan Maritim Malaysia bagi mengkoordinasi kerjasama antara agensi dalam ESS ZONE. - Gambar Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

ESSCOM hasrat libatkan pasukan khas JKDM, JIM dalam latih amal di ESS ZONE
ESSCOM berhasrat memperluas latih amal gabungan pasukan khas dengan JIM dan JKDM bagi mengukuhkan keselamatan di ESS ZONE.

ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).

ESSCOM usul tukar warna peta, nama ESS ZONE
ESSCOM mengusulkan kepada kerajaan untuk menamakan semula ZESS ZONE kepada kawasan kesejahteraan bagi meningkatkan keyakinan bahawa kawasan pantai timur Sabah itu selamat untuk semua.

Kedutaan asing dialu-alukan lawat ESSCOM, ESS ZONE lihat tahap keselamatan - Komander
ESSCOM sedia membantu pihak kedutaan asing bagi mendapatkan maklumat dan mendengar sendiri taklimat yang diberikan.