LAHAD DATU: Pihak kedutaan asing di negara ini dialu-alukan untuk melawat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan meninjau Zon Selamat Timur Sabah (ESS ZONE) bagi melihat sendiri tahap keselamatan di kawasan itu sentiasa terjamin.
Mengalu-alukan perkara itu, Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata pihaknya sedia untuk membantu pihak kedutaan asing itu bagi mendapatkan maklumat dan mendengar sendiri taklimat yang diberikan mengenai agensi tersebut dan ESS ZONE.
"Dengan cara ini kita boleh memberikan mereka (pihak kedutaan) komitmen serta kepercayaan bahawa sebenarnya kawasan ESS ZONE kita selamat, dan harapan saya wakil kedutaan ini apabila pulang mereka membawa gambaran jelas keadaan di ESS ZONE.
"Kemudian besar harapan kita supaya mereka dapat mengemas kini situasi nasihat perjalanan yang dikeluarkan negara masing-masing," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian mengulas langkah United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanan yang sebelum ini dikeluarkan bagi kawasan pantai timur Sabah susulan situasi keselamatan semakin baik di lokasi itu terutama di daerah Kudat yang merupakan sebahagian daripada ESS ZONE.
ESSCOM ditubuhkan 10 tahun lepas dengan dikoordinasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan ESSZone merangkumi daerah Kudat, Pitas, Kota Marudu, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Sementara itu, Victor berkata perubahan nasihat perjalanan dilakukan UK bagi warga British melancong ke Sabah itu merupakan suatu perkembangan positif untuk pembangunan zon tersebut.
Beliau berkata perubahan itu juga membuktikan kehadiran pasukan keselamatan di ESS ZONE membawa peningkatan keselamatan dan tahap kesejahteraan masyarakat sekali gus melonjak ekonomi termasuk sektor pelancongan.
Katanya bilangan pelancong yang berkunjung ke kawasan ESS ZONE menunjukkan peningkatan yang ketara, justeru menjadi harapan ESSCOM supaya negara lain turut turut mengikuti langkah yang dilakukan UK dalam mengubah nasihat perjalanan bagi Sabah sebagai kawasan selamat untuk dikunjungi.
"Saya percaya satu hari nanti nasihat perjalanan positif dikeluarkan untuk seluruh ESS ZONE dan sebab itu perlunya kerjasama semua pihak iaitu kerajaan negeri, persekutuan serta semua kementerian bagi membantu ESS ZONE," katanya.
Sementara itu, Victor berkata ESSCOM merancang pelbagai perkara bagi mempertingkatkan operasi dan keupayaan kawalan pasukan keselamatan dari segi pembangunan serta kapasiti sumber manusia antaranya mengukuhkan tahap kesiagaan melalui pembinaan pos kawalan keselamatan baharu di pesisir pantai.
Beliau berkata pos kawalan keselamatan baharu itu termasuk di kawasan Manalunan, Kinabatangan dan Kuala Maruap, Lahad Datu di bawah kelulusan peruntukan Rolling Plan Ke-2 (RP2) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
"Selain pembinaan pos kawalan keselamatan di darat iaitu Poirgon, Kalabakan termasuk pembinaan pangkalan bot ronda PDRM di Sungai Seguntur, Sandakan di bawah RP4, RMK12, di samping cadangan memperkukuhkan pengawasan di sempadan melalui sistem radar pengawalan laut.
"Ia akan dikendalikan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) serta cadangan perolehan unmanned aerial vehicle (UAV) dron dan kamera jarak jauh bagi mengesan serta memantau sasaran yang mencurigakan," katanya.
Beliau berkata aspek pengukuhan pemeliharaan keselamatan awam perlu dititikberatkan dengan meningkatkan keupayaan dan kesiagaan pasukan, infrastruktur pos serta aset keselamatan yang berteknologi tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023

ESSCOM ditubuhkan 10 tahun lepas dengan dikoordinasi PDRM, ATM serta APMM dan ESSZone merangkumi daerah Kudat, Pitas, Kota Marudu, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. - Gambar fail BERNAMA

Sekurang-kurangnya 137 terbunuh di Gaza dalam serangan Israel sejak gencatan senjata
Israel dituduh menggunakan sekatan dan kebuluran sebagai taktik pembunuhan perlahan, menyebabkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.

ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.

Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.

Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.

ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.

Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.

ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.

Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.