Enam sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terperosok ke bawah sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 258.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing, di sini tengah hari ini.
Mereka yang maut dikenali sebagai pemandu kereta Azaman Ramli, 49, isterinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, Noor Amira Syahirah Alias, 22, Aliff Hateem Azaman, 16, Aliff Hakim Azaman, 12 dan Aqeel Muslim Abdullah, 3 tahun.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim hari ini berkata kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan selepas tersepit di dalam kenderaan itu.
Katanya kejadian 12.30 tengah hari itu berlaku semasa hujan lebat dan keadaan jalan agak licin.
Ketika kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan sebelum kenderaan jenis Toyota Camry itu dipercayai hilang kawalan, katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
"Keadaan itu menyebabkan kenderaan tersebut berpusing sebelum bahagian belakang kereta itu terperosok di bawah lori treler berkenaan yang berhenti di lorong kecemasan," katanya.
Semasa kejadian, pemandu lori treler yang berusia 35 tahun itu dipercayai sedang tidur di dalam kenderaan itu dan tidak menyedari tentang kemalangan itu sehingga diberitahu oleh pengguna jalan raya yang lain.
Bagaimanapun, Mohd Said berkata pemandu lori yang berasal dari Kelantan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jelasnya kesemua mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat berhubung nahas itu tampil ke balai polis Kemaman bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Zon II Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Penguasa Kanan Bomba II Azmi Abdul Rahim Ibrahim, berkata anggota bomba mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.
"Ketika tiba di tempat kejadian, didapati hampir keseluruhan bahagian kereta itu terperosok di bawah treler berkenaan," katanya.
Katanya, seramai 25 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh serta Gambang bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan kejadian 12.36 tengah hari.
Bernama
Wed Oct 14 2015

Keadaan kereta Toyota Camry yang remuk teruk selepas merempuh lori treler di kilometer 258.8, Leburaya Pantai Timur (LPT2) yang menyebabkan enam sekeluarga maut hari ini. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Menggigil dengar tangisan kanak-kanak, jeritan minta tolong'
Tambah Kamal, dia bersyukur kesemua mangsa berjaya diselamatkan sebelum kereta terbabit tenggelam.

Enam sekeluarga ditahan bersama dadah bernilai RM694,412
JSJN Pulau Pinang berjaya membongkar sindiket itu selepas menahan sepasang kekasih di tepi jalan di kawasan Bayan Lepas.

Enam sekeluarga sesat lima jam di Bukit Penunjuk ditemukan selamat
Difahamkan, keluarga itu tinggal di Pahang dan datang ke sini melawat kebun, kira-kira pukul 11 pagi mereka ingin balik ke 'homestay' namun gagal menemui jalan keluar.

Enam sekeluarga, termasuk kanak-kanak maut ditembak dalam perjalanan hadiri sambutan Maulidur Rasul
Enam sekeluarga dari Pulau Denawan, Semporna, maut selepas dipercayai ditembak dalam kejadian di perairan selatan Filipina, baru-baru ini.

Keluarga sehelai sepinggang, rugi RM200,000 akibat kebakaran
Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dan kerugian hampir RM200,000 apabila kediaman mereka hangus dalam satu kebakaran.

Mayat bayi dalam perigi: Reman enam sekeluarga dilanjutkan hingga 6 Ogos
Perintah lanjutan reman dibuat bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.

Enam sekeluarga maut dalam kemalangan di LPT2
Enam sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terperosok ke bawah sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 258.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).