KEPALA BATAS: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan enam sekeluarga termasuk sepasang suami isteri warga emas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM694,412 dalam siri serbuan di Pulau Pinang, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Mohd Radzi Ahmad berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan sejak seminggu lepas, polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang berjaya membongkar sindiket itu selepas menahan sepasang kekasih berusia 32 dan 36 tahun di tepi jalan di kawasan Bayan Lepas, dekat sini, pada jam 2.30 petang.
"Ekoran penahanan pasangan kekasih yang juga ada hubungan kekeluargan itu, polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Taman Bagan, Butterworth pada jam4.30 petang dan menahan empat ahli keluarga lelaki tersebut (suspek pertama) iaitu ibu bapa dan adik lelaki bersama isterinya.
"Empat suspek yang ditahan di rumah mereka itu berusia 32 hingga 66 tahun dan polis kemudiannya menyerbu sebuah syarikat kurier di Bayan Lepas pada jam 6.30 petang sebelum merampas 259 gram(g) syabu bernilai RM9,324 milik sindiket tersebut di situ," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, di sini, hari ini.
Katanya, polis seterusnya menyerbu semula rumah ahli keluarga itu pada jam11.30 malam, hari yang sama, dan merampas 447 paket serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 13,462g bernilai RM673,100 serta syabu seberat 333g bernilai RM11,988, di situ.
Mohd Radzi berkata berdasarkan siasatan, sindiket itu bukan sahaja mengedar dadah untuk pasaran tempatan malah ke luar negara dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Katanya, modus operandi sindiket itu menyembunyikan dadah dalam acuan simen dan mengisytiharkan sebagai cetakan acuan simen dengan setiap kali penghantaran melalui kurier membabitkan syabu bernilai RM10,000 hingga RM20,000.
"Manakala untuk pasaran tempatan pula, sindiket yang didalangi oleh suspek pertama itu menjual dadah jenis MDMA yang dicampur dalam serbuk jus minuman sebelum ia dibungkus semula dan dijual untuk pasaran di pusat hiburan dengan harga antara RM150 hingga RM200 sebungkus mengikut beratnya," katanya.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati kegiatan pengedaran dadah untuk pasaran tempatan dan luar negara oleh sindiket itu bergiat aktif sejak Jun lepas dan mereka dipercayai mampu mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil kegiatan tersebut.
Menurutnya pasangan kekasih dan dua warga emas itu tidak bekerja manakala sepasang lagi suami isteri merupakan peniaga kedai makan dan kesemua mereka kini direman selama lima hari sehingga esok ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Polis turut menyita wang tunai sebanyak RM1,500 dan sebuah kereta yang bernilai RM23,000 daripada mereka. Ujian air kencing mendapati semua mereka negatif dadah namun tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau," katanya semua dadah itu boleh digunakan oleh 3,319 penagih.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Radzi polis menahan seorang pengedar di sebuah rumah di Mak Mandin pada jam 4.30 petang Khamis lepas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM70,080.
Katanya, bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan polis JSJN SPU menahan seorang penganggur lelaki berusia 26 tahun serta merampas 142 bungkus serbuk MDMA seberat 1,386g di rumah suspek.
"Dalam serbuan itu, kami turut merampas 17 biji pil eramin 5, lima biji pil ekstasi dan 3g ketamin yang kesemuanya bernilai RM70,800 termasuk serbuk MDMA yang telah dicampurkan dalam bungkusan jus minuman serta uncang minuman 3 dalam 1," katanya semua dadah itu boleh digunakan oleh 200 penagih.
Menurutnya, berdasarkan siasatan, lelaki itu aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak beberapa bulan lepas secara sendirian dan suspek yang positif dadah dipercayai mendapatkan bekalan daripada sindiket sebelum menjualnya semula di pusat hiburan sekitar negeri ini.
Beliau berkata polis turut menyita sebuah kereta bernilai RM20,000 daripada lelaki itu dan dia kini direman selama lima hari sehingga esok ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022

ACP Mohd Radzi (dua, kanan) menunjukkan pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam siri serbuan di Pulau Pinang, pada Khamis lepas. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

Pasangan kekasih bebas pertuduhan miliki, edar dadah
Sepasang kekasih terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah.

Tiga lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM550,000
Polis Melaka menumpaskan satu sindiket dadah didalangi tiga lelaki dan merampas barangan terlarang itu membabitkan nilai RM556,271 Ahad lepas.

Sembilan termasuk lapan warga Taiwan didakwa edar dadah lebih 400kg
Lapan warga Taiwan dan seorang rakyat tempatan didakwa atas dua pertuduhan mengedar dua jenis dadah berbahaya seberat 489.7 kilogram 16 Jan lepas.

Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Polis rampas pelbagai dadah bernilai lebih RM13.59 juta, berkas 5 individu
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM13.59 juta dan memberkas lima individu berkaitan sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak September tahun lepas.

Yusoff Rawther kemuka representasi gugur tuduhan edar dadah, bicara April
Hakim Mahkamah Tinggi menetapkan lima hari untuk perbicaraan kes bermula 7 hingga 11 April ini.

Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah
Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok.

Tiga rakan ditahan bersama 20kg syabu bernilai RM640,000
Kesemua suspek dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah jenis syabu itu ditahan dalam serbuan bermula 4 petang semalam hingga 2 pagi tadi.