SUNGAI PETANI: Polis mengesan enam lokasi termasuk laluan tikus di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini dirosakkan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, enam lokasi itu membabitkan lima di Taman Bandar Baru dan Taman Lembah Permai, Sungai Lalang, manakala satu lokasi dikesan di Kawasan Perusahaan Ringan Bakar Arang, Sungai Petani.
Menurut beliau, tindakan merosakkan dan mengalihkan pagar duri dan halangan yang dipasang di kawasan PKPD boleh dikenakan tindakan tegas.
"Siasatan boleh dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membuat pemantauan di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Sungai Petani Utara pada malam, Isnin sempena Hari Raya Aidiladha.
Adzli berkata, pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Kerja Raya telah membuat pembaikan semula di lokasi kerosakan konkrit dan pagar duri selain mengetatkan kawalan keselamatan.
"Jika terkesan sesiapa yang cuba keluar atau masuk kawasan PKPD tanpa kebenaran yang sah, tindakan boleh dikenakan mengikut Peraturan 6(1) PPDPPB (Langkah-langkah dalam kawasan tempat jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021 dan tindakan kompaun sejumlah RM3,000 boleh dikenakan.
"Jika kertas siasatan dibuka atau sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.
Kerja pembaikan semula penghadang konkrit dilakukan di kawasan PKPD.
Kerja pembaikan semula penghadang konkrit dilakukan di kawasan PKPD.
Disyorkan artikel berkaitan ini:
Rumah sewa simpan rokok seludup RM637,000 diserbuKapal korek terbakar, 11 kru selamat98 buah kenderaan diarah patah balik di Bentong
Dalam perkembangan lain beliau berkata, selain SJR di Plaza Tol Utara terdapat empat lagi SJR di Daerah Kuala Muda dilaksanakan antaranya Plaza Tol Sungai Petani Selatan, Plaza Tol Gurun, Tikam Batu dan Pinang Tunggal.
Adzli berkata, pihaknya masih mengesan dua lelaki yang didapati lari dari SJR yang disiasat mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.
Dalam pada itu, sebanyak 54 buah kenderaan diarah berpatah balik bermula 11 hingga 18 Julai 2021 lalu berikutan tidak mempunyai alasan munasabah bagi tujuan pergerakan.
Sebelum ini, kerajaan menguatkuasakan PKPD membabitkan Taman Bandar Baru dan Taman Lembah Permai di Sungai Lalang dengan anggaran 11,600 penduduk dan PKPD Kawasan Perusahaan Ringan Bakar Arang termasuk Taman Cahaya PKNK membabitkan anggaran 300 penduduk bermula 5 hingga 18 Julai 2021.
Bagaimanapun, PKPD di kawasan itu dilanjutkan berkuat kuasa bermula 19 Julai sehingga 1 Ogos depan berikutan terdapat penularan Covid-19 di kawasan terbabit.
Artikel asal di Sinar Harian: Enam lokasi konkrit PKPD termasuk laluan tikus dirosakkan
Sinar Harian
Tue Jul 20 2021

Salah satu lokasi penghadang konkrit di laluan tikus dalam kawasan PKPD dirosakkan. -Foto Sinar Harian

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.

Seorang maut, seorang cedera lori terbabas
Lori dinaiki kedua-dua mangsa terbabas dan melanggar penghadang konkrit menyebabkan mereka tersepit di bahagian kepala lori.

Enam lokasi konkrit PKPD termasuk 'laluan tikus' dirosakkan
Enam lokasi itu membabitkan lima di Taman Bandar Baru dan Taman Lembah Permai, Sungai Lalang, manakala satu lokasi dikesan di Kawasan Perusahaan Ringan Bakar Arang, Sungai Petani.

PKPD Kuantan: Polis beri amaran jangan cuba lolos diri guna laluan tikus
Orang ramai dinasihat guna laluan lain yang masih dibuka tetapi melalui sekatan jalan raya, dengan mengemukakan dokumen kebenaran.

PKPD: 10 lorong tikus di Bandar Darulaman, Lubuk Kawah ditutup
Sepuluh laluan tikus yang dikenal pasti di kawasan Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sudah ditutup dengan penghadang konkrit.