KUANTAN: Tepat jam 12 tengah malam tadi, empat 'lorong tikus' di daerah ini ditutup sepenuhnya menggunakan penghadang konkrit dan kawat duri, ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 24 Mei hingga 6 Jun.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihat supaya tidak melalui jalan-jalan tersebut untuk tujuan merentas daerah atau negeri, sebaliknya menggunakan laluan lain yang masih dibuka dan melalui sekatan jalan raya, dengan mengemukakan dokumen kebenaran.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali, pemeriksaan di setiap sekatan jalan raya turut diperketat dengan tapisan individu dibuat lebih teliti bagi memastikan hanya mereka yang dibenarkan sahaja boleh berada di jalan raya.
"Jadi, kepada pengguna jalan raya, saya minta supaya semua mengambil tahu dan juga mematuhi arahan yang telah kita keluarkan.
"Jangan ada rasa marah ataupun menyatakan bahawa ini menyusahkan mereka. Bukan itu tujuan asal kita.
"Tetapi, ini adalah antara perancangan yang mesti kita lakukan bagi memastikan bahawa setiap individu, kumpulan atau pun kenderaan yang masuk ke daerah Kuantan ini, dibuat tapisan," katanya.
Tambahnya, pihak polis tidak akan berkompromi selepas ini.
Mana-mana individu yang dikesan melanggari SOP PKPD atau cuba meloloskan diri, akan dikenakan tindakan kompaun serta-merta.
"Bagi yang tidak boleh atau tidak mempunyai kelayakan, minta tolong, kerjasama, supaya berada di rumah.
"Saya nasihatkan dan saya peringatkan, jangan cuba-cuba meloloskan diri melalui sekatan jalan raya yang telah kita adakan.
"Saya terpaksa sebut, tindakan tegas mesti diambil atau pun terpaksa diambil," kata Mohamad Noor.
Dengan pelaksanaan PKPD kali ini, seramai 207,967 orang atau 90 peratus penduduk daerah Kuantan di tujuh mukim perlu mematuhi arahan tinggal di rumah selama 14 hari.
Empat jalan tikus yang ditutup adalah Jalan Felda Neram-Bukit Kuantan; Jalan Jabor-MCKIP-Kuantan-Port-Beserah; Jalan Jabor Lama-Alor Batu-Semambu dan Jalan Tanjung Selangor-Jalan Sungai Soi-Jalan Kempadang ke Pekan-KUIPSAS.
Manakala tujuh mukim di daerah Kuantan yang dikenakan pelaksanaan PKPD adalah Beserah, Kuala Kuantan 1, Kuala Kuantan 2, Penor, Sungai Karang, Ulu Kuantan dan Ulu Lepar.
Mohd Zalani Md Atan
Mon May 24 2021
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali ketika melakukan tinjauan di Jalan Jabor-MCKIP-Kuantan Port-Beserah malam tadi. - Foto Astro AWANI.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
Polis selamatkan remaja perempuan dilarikan lelaki warga China di Kuantan
Polis Johor menahan seorang lelaki warga China dan berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai dilarikannya, di Kuantan, Pahang, semalam.
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
Pegawai agensi kerajaan negeri antara ditahan SPRM lindungi kegiatan punggah keluar hasil galian
Seorang pegawai agensi kerajaan negeri antara tiga individu ditahan dalam serbuan oleh SPRM kerana disyaki terbabit rasuah bagi melindungi kegiatan memunggah keluar hasil galian.
Lima individu termasuk kerabat diraja Pahang didakwa cederakan lelaki
Lima individu, termasuk seorang kerabat diraja Pahang, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki pada Jun lalu.
Mangsa teruja turun cari kepah sebelum hilang - Rakan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang di muara Sungai Balok, Kuantan pada Sabtu ketika sedang mencari kepah.
Dua penuntut Polisas maut motosikal hilang kawalan
Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa berusia 20 tahun itu dari arah Kuantan menghala ke arah Taman Dato Rashid.
Isteri maut, suami sesak nafas kereta terjunam dalam sungai
Seorang wanita maut manakala suaminya mengalami sesak nafas selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas ke dalam sungai.
Penunggang maut dalam nahas lima kenderaan di LPT1
Muhammad Al-Faries Faiz yang beralamat di Kampung Sungai Rambai, Sega, Raub mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar.
Gerai, kereta rosak akibat ribut di Kuantan
Beberapa premis perniagaan dan kereta rosak dalam kejadian ribut di tempat tumpuan orang ramai di Pantai Kempadang petang tadi.