JITRA: Sepuluh laluan tikus yang dikenal pasti di kawasan Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sudah ditutup dengan penghadang konkrit.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata itu sebahagian daripada usaha pihaknya mengetatkan kawalan di kawasan terbabit.
"Langkah ini diambil bagi mengelakkan penduduk curi-curi keluar. Semua laluan tikus kita tutup dan kita menggunakan konkrit yang dibekalkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Polis juga sediakan pasukan pemantau melibatkan hampir 64 orang yang diatur gerak bagi tujuan pematuhan prosedur operasi standard (SOP)," katanya selepas meninjau sekatan jalan raya (SJR) berhadapan pintu masuk ke Taman Mahsuri di sini, pada Selasa.
Beliau berkata, selain menutup laluan tikus, polis turut mengadakan SJR di sembilan lokaliti di kedua-dua kawasan terbabit bermula tengah malam tadi.
"Antara SJR terbabit adalah di laluan masuk Taman Mahsuri, Kampung Paya Kerchut dan dua SJR di Jalan Lubuk Kawah," katanya.
Beliau berkata, secara keseluruhan seramai 179 anggota polis ditugaskan sepanjang PKPD bermula hari ini sehingga 31 Mei untuk mengawal kawasan itu supaya tidak berlaku ketirisan.
Katanya, polis turut dibantu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Rodzi berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu, namun jika ingin menyalurkan bantuan, mereka boleh menghantar barangan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
Terdahulu, ketika pemeriksaan SJR di Taman Mahsuri, seorang pemandu teksi berusia 40 tahun yang memakai gelang merah jambu dikesan cuba keluar namun diarahkan berpatah balik.
Pemandu teksi itu yang sepatutnya menjalani kuarantin kendiri memberi alasan baru selesai menjalani ujian calitan COVID-19 dari dalam kawasan PKPD dan ingin keluar mengambil penumpang.
"Kita tidak membenarkan sama sekali mereka yang memakai gelang merah jambu untuk keluar dari kawasan PKPD. Sekiranya mereka berdegil atau curi-curi keluar, tindakan kompaun akan dikenakan," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Tue May 18 2021

Pemandu teksi berusia 40 tahun yang memakai gelang merah jambu dikesan cuba keluar namun diarahkan berpatah balik. - Gambar/ Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.

COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.

PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.

PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.

PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.

PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.

PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.

PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.

PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.

PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.