AMPANG JAYA:Polis menahan enam lelaki warganegara asing bagi membantu siasatan kes rogol seorang kanak-kanak perempuan warga tempatan di Ampang.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha, penahanan dibuat sehari selepas mangsa berusia 15 tahun itu ditemui oleh seorang pegawai polis di Taman Komersial di Pandah Indah pada Sabtu.
"Pada 31 Oktober 2020, jam lebih kurang 5.30 petang, pengadu iaitu seorang lelaki berusia 57 tahun yang juga pegawai kanan polis Bukit Aman telah melihat seorang kanak-kanak perempuan berkenaan.
"Mangsa dilihat melepak dan merayau-rayau di kawasan Taman Komersial. Pengadu bertindak menghampiri kanak-kanak perempuan berkenaan dan melakukan pemeriksaan sebelum membawa kanak-kanak terbabit ke balai polis berhampiran bagi tindakan lanjut.
"Pemeriksaan kesihatan terhadap kanak-kanak perempuan berkenaan di Hospital Ampang mendapati mangsa telah dirogol lebih daripada sekali di sekitar daerah Ampang," katanya dalam satu kenyataan media ringkas.
Jelasnya, pemeriksaan lanjutan mendapati mangsa tidak bersekolah dan pernah mendapat perlindungan Rumah Nur Kasih sebelum melarikan diri sejak awal tahun 2019.
Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan keenam-enam suspek pada Ahad.
"Pada 1 November 2020, enam lelaki warganegara asing telah ditangkap. Kesemua tangkapan berumur 16-25 tahun bekerja sebagai buruh kasar dan kesemua tangkapan pemegang kad UNHCR.Pemeriksaan ujian air kencing mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis Opiat dan THC," katanya
Kesemua suspek direman sehingga 15 November depan bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Sehubungan itu, Mohamad Farouk menasihati orang ramai agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka.
Fareez Azman
Mon Nov 02 2020
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha memaklumkan kesemua suspek ditahan pada Ahad di sekitar Ampang.
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Isu sijil halal: Teresa Kok selesai beri keterangan di Bukit Aman
Teresa tinggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas keterangannya direkodkan lebih sejam 30 minit.
Isu sijil halal: Teresa Kok tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan
Teresa ditemani peguam Syahredzan Johan tiba kira-kira pukul 9.42 pagi.
Penjawat awam dipercayai dalang edar dadah antara 10 ditahan
Dadah yang dirampas itu mampu menanggung penggunaan 30,000 penagih dadah.
Muhyiddin tiba di pejabatnya untuk dirakam keterangan
Presiden Bersatu itu akan dirakam keterangan oleh pegawai polis daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman.
Polis sahkan kejadian tembakan di Bandar Sunway
Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunway dekat sini, petang tadi.
Polis bongkar stor dadah berselindung di sebalik kedai ubat tradisional
Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing selepas menyerbu sebuah kedai menjual ubat tradisional dan menemukan 209.65 kilogram (kg) dadah di Taman Desa Petaling di sini dua hari lepas.
Guna Dato’ Sri palsu, SU Sulit Tengku Mahkota Pahang buat laporan polis
Amir Syaffiq ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat pada 26 Julai lalu.
1,671 pegawai, anggota polis dibuang kerja - Bukit Aman
Seramai 1,671 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan hukuman buang kerja atas pelbagai kesalahan sejak 2014 hingga Jun tahun ini.