GEORGE TOWN: Enam ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa ditahan bersama dadah jenis syabu seberat lebih 183.6 kilogram (kg) bernilai RM6.1 juta dalam operasi bermula Rabu lalu.
Kesemua suspek yang merupakan seorang warga tempatan dan lima warga asing itu ditahan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang dan Pasukan Polis Marin Wilayah Satu dalam operasi terancang.
Kesemua dadah tersebut dibungkus dalam bungkusan teh cina berwarna hijau dan dicetak dengan nombor 288 dipercayai bagi menandakan ia merupakan dadah daripada kumpulan tersebut.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 21 hingga 45 tahun itu ditahan dalam lima serbuan berasingan iaitu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Menurutnya, hanya tangkapan pertama iaitu lelaki warga asing di Autocity, Juru pada jam 6 petang, 29 Mac yang membawa kepada penemuan kesemua dadah tersebut.
"Kita menahan sebuah kereta Honda CRV yang dipandu buruh binaan tersebut dan pemeriksaan mendapati, terdapat lima bongkah plastik berwarna hitam mengandungi 178 bungkusan dadah jenis syabu seberat 183.6 kg bernilai RM6.1 juta.
"Susulan daripada itu, kita menahan lima suspek lain iaitu seorang lelaki warga tempatan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 4 pagi keesokan harinya manakala selainnya di tiga lokasi sekitar Pulau Pinang.
"Dua warga asing tidak bekerja manakala dua warga asing lagi bekerja sebagai nelayan. Ini adalah rampasan syabu terbesar bagi Pulau Pinang setakat ini," katanya pada sidang akhbar di Markas Pasukan Polis Marin, Batu Uban di sini pada Jumaat.
Kata Mohd Shuhaily, selain dadah, polis turut menyita tujuh buah kenderaan, wang tunai bernilai RM500,000 dan sebuah bot gentian yang mempunyai dua buah enjin bernilai RM380,000.
"Wang tunai dan tujuh kenderaan antaranya Toyota Alphard, Mercedes Benz, Proton X70 dan Porsche Panamera dirampas daripada lelaki tempatan yang tidak bekerja itu. Jumlah nilai keseluruhan kereta tersebut adalah RM1.38 juta.
"Hasil siasatan, kita percaya, dadah yang dirampas telah dibawa dari Kuala Lumpur ke negeri ini melalui laluan darat untuk dibawa ke Indonesia melalui laluan laut menggunakan bot gentian milik dua nelayan tersebut yang telah diubahsuai," katanya.
Difahamkan, dadah tersebut dipercayai akan dihantar ke Indonesia menggunakan bot gentian berkenaan.
Beliau berkata, jumlah keseluruhan sitaan dan nilai dadah yang dirampas adalah RM8.32 juta.
"Sindiket pengedaran dadah antarabangsa ini aktif sejak pertengahan tahun lalu. Kesemua dadah yang dirampas ini, mampu dibekalkan kepada 9 juta penagih jika terlepas ke pasaran.
"Kesemua suspek negatif dadah namun dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan jenayah dan dadah. Masih terlalu awal untuk kita kenalpasti dalang sindiket dan siasatan lanjut masih dijalankan.
"Semua suspek warga asing mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.
Mengulas mengenai kemampuan bot gentian yang mempunyai dua buah enjin itu, Mohd Shuhaily berkata, bot yang dirampas di Kuala Sungai Juru itu mampu digunakan secara terus pergi dan balik dari negara ini ke negara jiran.
"Bot ini juga diubah suai dengan enjin ganti bagi membolehkan ia digunakan untuk perjalanan jarak jauh. Bot ini juga menggunakan kuasa enjin 800 kuasa kuda dan kapasiti bahan bakar adalah 3,000 liter dengan kelajuan 50 knot (90 kilometer/jam).
"Kesemua suspek direman bermula hari ini (Jumaat) sehingga 5 April. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 31 2023

Mohd Shuhaily (tengah) menunjukkan 183.6kg syabu yang dirampas daripada enam ahli sindiket tersebut. - Foto Sinar Harian

PERKESO bayar faedah berjumlah RM5.82 bilion pada 2024 - Sim
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengeluarkan faedah sebanyak RM5.82 bilion kepada 871,949 penerima pada tahun lepas, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Tumpuan Jumaat – 21 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Jumlah bantuan kemanusiaan ke Gaza merosot 50 peratus - IRM
Jumlah bantuan kemanusiaan yang memasuki Semenanjung Gaza telah berkurangan 50 peratus sejak Israel melancarkan serangan udara baru-baru ini, menurut Islamic Relief Malaysia (IRM).
AWANI Ringkas: Media social | Eksport Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis bertindak ultra vires halang perarakan, perhimpunan Majlis Peguam pada 2022 - Mahkamah
Mahkamah menetapkan ganti rugi nominal sebanyak RM1 yang perlu dibayar oleh pihak defendan kepada plaintif pertama.
Ramadan di Turkiye - Masjid Ulu di zaman Uthmaniyah & keunikan Bursa Bazaar
Masjid Ulu mempunyai seni bina yang unik dengan 20 kubah besar yang tersusun dalam empat baris lima kubah. Apa yang menyebabkan Masjid ini mempunyai 20 Kubah?

PM dan isteri iftar bersama pelajar tahfiz, penduduk Taman Rakan Kajang
Perdana Menteri dan isteri tiba di Masjid Taman Rakan pada 6.50 petang bersama anak perempuan mereka, Nurul Ilham.
AWANI 7:45 [20/3/2025] – Tarikh lihat anak bulan Syawal | Banjir di Johor dijangka memburuk | Tanah milik syarikat swasta | Diskaun tol Aidilfitri
- Tarikh Hari Raya Aidilfitri diketahui 30 Mac
- Diskaun tol Aidilfitri akan diumum dalam masa terdekat
- DBKL jamin tidak roboh Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman
- Johor dilanda gelombang banjir, lima daerah teruk terjejas
- Diskaun tol Aidilfitri akan diumum dalam masa terdekat
- DBKL jamin tidak roboh Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman
- Johor dilanda gelombang banjir, lima daerah teruk terjejas

Polis Marin rampas 42 bubu naga di perairan Tanjung Piandang
PPM Markas Operasi Taktikal Kuala Kurau berjaya mengesan dan menyita perangkap berkenaan di tujuh lokasi berasingan.

Serangan tebaru ke atas Gaza tidak boleh diterima, kata menteri Singapura
Masagos menggesa semua pihak untuk bersatu dalam memberikan sokongan kepada mereka yang terjejas dengan menyokong usaha kemanusiaan rasmi.

Bali jadi sasaran utama sindiket dadah antarabangsa - BNN
Badan Narkotik Nasional (BNN) mengeluarkan amaran bahawa Bali telah menjadi sasaran utama sindiket dadah antarabangsa, dibuktikan dengan serbuan ke atas dua makmal haram pada Mei dan Julai 2024.

PDRM tumpas sindiket dadah antarabangsa, tahan wanita Mongolia, lelaki Hong Kong
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa hasil perkongsian maklumat dengan Biro Narkotik Hong Kong dan merampas pelbagai bahan kimia serta dadah dianggarkan bernilai RM7.89 juta.

Enam ditahan bersama syabu bernilai RM6.1 juta
Enam ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa ditahan bersama dadah jenis syabu seberat lebih 183 kilogram (kg) bernilai RM6.1 juta.

Ganja bernilai RM2 juta dirampas, sindiket dadah antarabangsa tumpas
PDRM rampas 840 kilogram ganja dalam dua serbuan di Pulau Pinang, lapan termasuk dua rakyat Thailand turut ditahan.

Polis Pulau Pinang tumpas sindiket dadah antarabangsa
Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah jenis Syabu dianggarkan seberat 19.184 kilogram bernilai RM690,635.