GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket dadah antarabangsa dengan penahanan tiga lelaki dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang di sini, pada Khamis lepas.
Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada pukul 9.15 malam.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah jenis Syabu dianggarkan seberat 19.184 kilogram bernilai RM690,635.
Turut dirampas dua pucuk pistol bersama satu kelopak mengandungi 16 butir peluru bersaiz 9 milimeter (mm).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, siasatan mendapati, dadah berkenaan adalah untuk pasaran antarabangsa dan kumpulan terbabit dipercayai menjadikan bilik hotel itu sebagai transit sebelum diseludup ke negara jiran melalui laluan laut.
Rahimi berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 34 hingga 41 tahun yang ditahan dipercayai penduduk tempatan sedang menunggu masa untuk ke laut bagi menghantar dadah berkenaan ke negara jiran.
“Kita percaya dadah ini untuk pasaran antarabangsa sebab tujuan ia dibawa ke tengah laut utk diedarkan… itu masih kita siasat. Mereka (suspek) berasal dari Pulau Pinang dan kita sedang siasat lagi kerana mereka terlibat dengan senjata api,” kata Rahimi.
Dalam pada itu, Rahimi berkata, pihaknya juga sedang menyiasat sama ada senjata api yang dirampas digunakan untuk kegiatan jenayah lain atau sebaliknya.
Menurut Rahimi, kesemua suspek juga positif dadah dan mempunyai rekod jenayah empat hingga 10 rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah.
Kes disiasat mengikut seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 , Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Dalam perkembangan lain, Rahimi berkata, polis menahan sepasang kekasih pada 3 November lalu kerana dipercayai terlibat dalam pelbagai kes jenayah termasuk pembunuhan seorang lelaki di Flat Sungai Pinang pada tahun 2019 lalu.
Rahimi berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di tepi jalan di Jelutong jam 10.30 pagi sementara pasangannya yang berusia 30 tahun pula ditahan di sebuah kondominium di Jalan Fettes di sini.
Turut dirampas sepucuk pistol jenis Beretta Brigadier bersama kelopak dan 11 butir peluru bersaiz 9 milimeter (mm),motosikal dan telefon bimbit .
Dalam pada itu, polis percaya kedua-dua tangkapan itu mempunyai kaitan dengan kes bunuh seorang lelaki yang maut di tembak di Sungai Pinang, dua tahun lalu.
Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 14 rekod jenayah lampau manakala suspek kedua mempunyai satu rekod jenayah.
Kedua-dua mereka direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api tanpa permit sah .
Kes juga disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki peluru hidup tanpa permit yang sah.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Nov 13 2021

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah jenis Syabu dianggarkan seberat 19.184 kilogram bernilai RM690,635.

DBKL ada tanggungjawab sosial pastikan kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman tidak berpindah - Pengurusan kuil
Pihak pengurusan kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman, Masjid India menyambut baik komitmen Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkenaan tiada perobohan kuil.
[TERKINI] Tarikh lihat anak bulan Syawal 30 Mac ini
Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 30 Mac bersamaan 29 Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.
Hari Sisa Sifar: Pengurusan sisa tekstil perlukan kaedah khusus
Pengurusan sisa tekstil memerlukan kaedah khusus berbanding sisa domestik. Sempena Hari Sisa Sifar Antarabangsa, pentingnya kesedaran awam tentang pelupusan sisa tekstil. KDEB Waste Management bekerjasama dengan NGO untuk mengutip sisa tekstil.

Mayat kedua kanak-kanak lemas ditemukan di Pantai Kala Dana
Kanak-kanak kedua yang dilaporkan hilang ketika mandi di tepi Sungai Batang Mukah pada petang Selasa lepas ditemukan lemas hari ini.
Pilih rawatan teknologi yang kos efektif, utamakan manfaat rakyat
Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, IMU University, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, berkata, Inovasi dalam rawatan kesihatan harus memberi impak positif tanpa membebankan dan menilai teknologi yang secara khusus memberi manfaat kepada rakyat.
PTPTN seru ibu bapa budayakan amalan menabung
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyeru ibu bapa untuk membudaya menabung melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, ini bagi memastikan anak-anak tidak terbeban dengan hutang pendidikan apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, ini bagi memastikan anak-anak tidak terbeban dengan hutang pendidikan apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Rohaimi Md Isa dilantik pemangku Pengarah JSJK mulai hari ini
Beliau menggantikan Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf yang akan bersara wajib hari ini selepas hampir 38 tahun berkhidmat.
12 lokasi dikenal pasti kerap berlaku kemalangan
Bermula 29 Mac ini, 15 anggota JBPM akan ditempatkan di 12 lokasi kerap berlaku kemalangan di dua lebuh raya utama di Lebuh Raya PLUS dan LPT bagi memastikan aliran trafik lancar walaupun berlaku kemalangan.
KDN cadang pusat pemulihan bekas penagih diperluas
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesyorkan negeri lain membuka Rumah Perantaraan seperti inisiatif Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu bekas penagih dadah menjalani pemulihan serta kembali ke masyarakat.
Banjir bencana terbesar, perlu pelan holistik
Banjir adalah isu yang perlu dilihat dari pelbagai sudut, bukan hanya ancaman kepada ekonomi, tetapi juga membabitkan kerapuhan komuniti yang terdedah.

Tiga lelaki sindiket penipuan dalam talian kaut RM100,000 setiap bulan ditahan
Polis menahan seorang lelaki di sebuah kondominium dan merampas tiga kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, bersamanya.

PRU15: Polis Pulau Pinang terima 30 laporan termasuk babit geng kongsi gelap
Polis Pulau Pinang telah menerima sebanyak 30 laporan membabitkan pelbagai kesalahan dalam tempoh sepuluh hari berlangsungnya kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Polis bongkar makmal proses dadah, tahan dua lelaki
Polis turut merampas pelbagai peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah jenis heroin di rumah tersebut.

Polis Pulau Pinang buka 171 kertas siasatan tatatertib
Semua kertas siasatan itu melibatkan 43 pegawai, 269 anggota dan dua kakitangan awam membabitkan pelbagai kesalahan.

Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut
Polis menahan 20 individu termasuk tujuh wanita dalam serbuan parti liar di sebuah rumah di Taman Star Hill, Bukit Gambir, tengah malam tadi.

Polis tumpas sindiket edar rokok seludup tanpa cukai, sitaan bernilai RM8.04 juta
Serbuan di tiga lokasi di Machang Bubok dan Bukit Tengah itu dibuat selepas risikan mendapati sindiket itu menjadikan rumah sewa sebagai markas.

Isu lepaskan suspek Macau Scam: 8 individu ditahan termasuk pegawai polis, imigresen
Polis Pulau Pinang sedang menganalisis data siasatan membabitkan empat pegawainya yang terlibat dalam kes melepaskan suspek Macau Scam.

352 ketul ganja mampat dirampas: Polis bongkar sindiket edar dadah di Pulau Pinang
Sindiket yang dipercayai mempunyai rangkaian di negara jiran itu dikesan menjalankan pengedaran dadah di beberapa negeri utara tanah air.

Berita dua mayat mangsa culik dijumpai di P.Pinang palsu - Polis
Ketua Polis Pulau Pinang berkata, berita tentang penemuan mayat itu tidak benar sama sekali, bahkan beberapa kali ditularkan sejak Mei 2014.

Sorok mayat kekasih dalam almari
Bau busuk dari dalam sebuah almari di sebuah rumah di Paya Terubong, George Town membawa kepada penemuan mayat seorang wanita, malam tadi.