Komander PPM Wilayah Satu ACP Rusley Chi Ari berkata dalam operasi selama tiga jam bermula 8 pagi itu, PPM Markas Operasi Taktikal Kuala Kurau berjaya mengesan dan menyita perangkap berkenaan di tujuh lokasi berasingan, antara empat hingga sembilan batu nautika dari pantai Tanjung Piandang.
"Tindakan itu diambil susulan aduan berterusan daripada nelayan pantai yang tidak berpuas hati tentang penggunaan bubu naga yang didakwa menjejaskan mata pencarian mereka.
"Rampasan dibuat mengikut Seksyen 8(b) dan Seksyen 49 Akta Perikanan 1985 yang melarang penggunaan peralatan menangkap ikan tanpa lesen yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rusley berkata kesemua bubu naga yang dirampas telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jabatan Perikanan Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
