KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa hasil perkongsian maklumat dengan Biro Narkotik Hong Kong dan merampas pelbagai bahan kimia serta dadah dianggarkan bernilai RM7.89 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata menerusi serbuan terhadap sebuah kondominium di ibu negara Jumaat lepas, polis menahan seorang lelaki warga tempatan, seorang lelaki Hong Kong dan seorang wanita Mongolia berumur antara 25 hingga 48 tahun.
Dalam operasi pada hari yang sama, beliau berkata Biro Narkotik Hong Kong telah menahan seorang lelaki dan wanita warga tempatan berumur 26 tahun dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di pulau itu.
"Hasil serbuan yang dilancarkan, polis merampas serbuk bahan kimia seberat 74.03 kilogram (kg) dan 7.41 kg heroin base di Malaysia, manakala sebanyak 3.5 kg heroin base pula dirampas di Hong Kong dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM7.89 juta.
"Turut dirampas ialah peralatan untuk pembungkusan dadah selain acuan membuat patung dan patung berbentuk katak. Keseluruhan dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 399,169 orang," katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Mohd Kamarudin berkata modus operandi yang digunakan sindiket terbabit ialah menjadikan premis kediaman yang diserbu di ibu negara itu sebagai pusat pembungkusan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran Hong Kong.
"Suspek yang ditahan itu dipercayai menyembunyikan serbuk bahan kimia dan heroin base terbabit di dalam patung yang dibuat sendiri sebelum membungkusnya dan menggunakan khidmat kurier untuk dihantar ke Hong Kong.
"Apabila tiba di Hong Kong, serbuk bahan kimia dan heroin base terbabit dipercayai akan diproses semula untuk dijadikan dadah jenis heroin bagi pasaran di situ," katanya.
Ujian saringan awal polis mendapati suspek wanita warga Mongolia terbabit positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala semakan rekod jenayah terhadap lelaki warga tempatan mendapati dia mempunyai rekod lampau kes jenayah di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
"Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan telah direman selama tujuh hari bermula 6 hingga 12 Jan bagi membantu siasatan.
"Polis akan meneruskan siasatan untuk mengesan saki-baki ahli sindiket untuk dibawa ke muka pengadilan. Masyarakat juga diharap menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024

Mohd Kamarudin berkata, polis menahan seorang lelaki warga tempatan, seorang lelaki Hong Kong dan seorang wanita Mongolia berumur antara 25 hingga 48 tahun di Kuala Lumpur. - Gambar fail

Langkah bersasar dalam menangani impak jangka panjang banjir
Impak banjir yang semakin memburuk memerlukan tindakan yang lebih spesifik dan terarah bagi mengurangkan kesan jangka panjang terhadap masyarakat dan ekonomi.

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 harus dilulus supaya Parlimen berfungsi bebas, berdaulat - PM Anwar
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 harus diluluskan supaya RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 membolehkan Parlimen berfungsi sebagai sebuah institusi yang bebas dan berdaulat.
Tarikh melihat anak bulan Syawal 30 Mac ini
Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 30 Mac bersamaan 29 Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara. #AWANInews

Empat termasuk dua anggota polis mengaku tidak bersalah miliki 240,000 mercun bola
Empat lelaki termasuk dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, atas pertuduhan memiliki 240,000 mercun bola di Perlis.
Trump mahu tutup Jabatan Pendidikan AS
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menandatangani perintah eksekutif untuk menutup Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, tetapi langkah itu berdepan cabaran undang-undang dan memerlukan kelulusan Kongres untuk dilaksanakan sepenuhnya.

GLIC disaran buat DDI RM120 bilion dalam lima tahun untuk pacu ekonomi - PM Anwar
Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) disaran membuat pelaburan langsung domestik (DDI) sekitar RM120 bilion bagi tempoh lima tahun untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Macron, Putera Mahkota Saudi kecam serangan Gaza
Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman membincangkan konflik Gaza serta proses damai Ukraine, mengecam serangan Israel dan menekankan kepentingan gencatan senjata serta penyelesaian politik.
Aidilfitri 2025: Indonesia sediakan 404 pesawat mudahkan perjalanan pulang
Indonesia menyediakan 404 pesawat untuk perjalanan pulang Aidilfitri 2025, dengan penumpang dijangka meningkat 12% kepada 6.186 juta.
Kerosakan kapsul bateri sebabkan kebakaran kenderaan EV
Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM) mengenal pasti kes kebakaran kenderaan elektrik di negara ini sangat rendah di mana ia hanya berpunca daripada kerosakan kapsul bateri dan jenayaj pembakaran secara sengaja atau perbuatan khianat.

Perdagangan Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada RM223.9 bilion
Prestasi perdagangan Malaysia pada Februari 2025 mencerminkan peningkatan permintaan global dan kestabilan ekonomi domestik

Bali jadi sasaran utama sindiket dadah antarabangsa - BNN
Badan Narkotik Nasional (BNN) mengeluarkan amaran bahawa Bali telah menjadi sasaran utama sindiket dadah antarabangsa, dibuktikan dengan serbuan ke atas dua makmal haram pada Mei dan Julai 2024.

PDRM tumpas sindiket dadah antarabangsa, tahan wanita Mongolia, lelaki Hong Kong
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa hasil perkongsian maklumat dengan Biro Narkotik Hong Kong dan merampas pelbagai bahan kimia serta dadah dianggarkan bernilai RM7.89 juta.

Enam ditahan bersama syabu bernilai RM6.1 juta
Enam ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa ditahan bersama dadah jenis syabu seberat lebih 183 kilogram (kg) bernilai RM6.1 juta.

Ganja bernilai RM2 juta dirampas, sindiket dadah antarabangsa tumpas
PDRM rampas 840 kilogram ganja dalam dua serbuan di Pulau Pinang, lapan termasuk dua rakyat Thailand turut ditahan.

Polis Pulau Pinang tumpas sindiket dadah antarabangsa
Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah jenis Syabu dianggarkan seberat 19.184 kilogram bernilai RM690,635.