LABUAN: Lembaran reformasi pendidikan menginjak kepada perkara dasar dalam pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan selari dengan keperluan dunia semasa.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Who berkata enam agenda dikenal pasti Kementerian Pendidikan (KPM) dalam menyokong hal tuju negara termasuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.
Agenda lain adalah pendidikan digital; pemerkasaan kurikulum sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM); Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET); peluasan dan pengukuhan prasekolah; serta pelan pendidikan dan kurikulum prasekolah.
"Inilah gerak kerja yang kita sedang beri perhatian bagi memastikan agenda reformasi pendidikan bergerak tangkas agar kualiti pendidikan anak-anak kita bermutu tinggi dan relevan seiring zaman.
"Sehubungan itu, enam pasukan khas telah ditubuhkan untuk memacu pelaksanaan enam keutamaan ini secara konsisten," katanya pada Majlis Penyerahan Projek Siap Kolej Vokasional Labuan pada Jumaat.
Wong berkata dalam konteks kolej vokasional (KV), untuk merealisasikan hasrat reformasi pendidikan di KV, Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) turut mengalami perubahan dan ditambah baik selaras dengan keperluan semasa dengan beberapa aspek baharu dalam bidang tertentu.
"Antaranya ialah industri automotif, kereta elektrik (EV) dan teknologi hidrogen mula menyusuri jalan raya di seluruh pelosok negara," katanya.
Wong berkata transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa sistem pendidikan TVET dalam melahirkan tenaga mahir dan negara berpendapatan tinggi.
Katanya pensijilan yang ditawarkan KV bermula peringkat sijil hingga ke peringkat diploma kemahiran diakreditasi oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA), Malaysia Board of Technologists (MBOT), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Lembaga Peperiksaan (LP).
Berdasarkan Laporan Kebolehpasaran Graduan Kolej Vokasional Tahun 2022 melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan TVET (SKPG), kebolehpasaran graduan KV secara keseluruhannya adalah sebanyak 99.38 peratus, katanya.
Dalam pada itu, peratus kebolehpasaran graduan KV yang bekerja dalam bidang pula adalah sebanyak 73.49 peratus.
Katanya kementeriannya juga menyedari kepentingan bidang Kecerdasan Buatan (AI) yang akan diintegrasikan ke dalam kurikulum vokasional terutamanya untuk program Teknologi Maklumat, Teknologi Komputeran, Teknologi Animasi 3D dan Teknologi Reka Bentuk Grafik.
--BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024

Wong berkata enam agenda dikenal pasti KPM dalam menyokong hal tuju negara termasuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris. - Foto BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Sekolah baharu, kelas kabin antara inisiatif atasi isu sekolah padat - KPM
Kementerian Pendidikan mengenal pasti beberapa inisiatif bagi mengatasi isu kepadatan pelajar di sekolah, susulan peningkatan jumlah murid terutamanya di Selangor.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas.

48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.

KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI

KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.

Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.