Pembuktian mana-mana kenyataan berbaur hasutan dan fitnah di dalam dan luar media sosial merupakan antara perkara yang akan diperhalusi dalam usaha memperkasa Akta Hasutan 1948.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata faktor pembuktian termasuk bagi kes yang dibawa ke mahkamah perlu diambil kira memandangkan banyak pengguna media sosial menggunakan nama samaran atau identiti palsu.
"Ada cadangan untuk daftar (identiti) dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Secara logik ia boleh dilakukan tetapi dari segi teknikal memang (ada) cabaran sebab ada individu mendaftarkan diri sebagai pengguna laman sosial Facebook umpamanya, di luar negara.
"Malah Facebook bukan berdaftar di bawah SKMM. Masyarakat kena faham perkara ini," katanya selepas melancarkan pengenalan filem 3D Animasi 'AMUZ Space Series for Kidz' di sini hari ini yang turut dihadiri angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Beliau menarik perhatian bahawa pendaftaran bagi pengguna Facebook ketika ini tidak memerlukan mereka berkongsi maklumat seperti alamat dan sebagainya, dan ini menjurus kepada kesukaran membuktikan identiti pihak yang menyalah guna laman sosial itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan bahawa Akta Hasutan dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memperkukuhkannya supaya relevan dengan perkembangan zaman.
Jelas Ahmad Shabery, adalah menjadi cabaran besar kepada mana-mana negara termasuk di Eropah bagi membuktikan seseorang pengguna media sosial itu telah melakukan kesalahan memfitnah dan menghasut.
Beliau berkata sehingga kini, kebanyakan negara termasuk Malaysia sukar mencari jawapan dalam membuktikan kesalahan melibatkan pengguna media sosial.
"Mungkin pilihan lain adalah kerjasama dengan Facebook, Twitter dan sebagainya seperti pendaftaran IP address yang membolehkan kerja forensik mengesan mereka yang bersalah dapat dibuat," katanya.
Ahmad Shabery seterusnya menjelaskan bahawa pindaan akta itu perlu menunggu peruntukan baharu yang akan dibuat Pejabat Peguam Negara termasuk keperluan mengemas kini Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bersesuaian dengan peredaran zaman dan teknologi masa kini.
Terdahulu, Ahmad Shabery berkata filem animasi itu antara usaha yang perlu diberi perhatian kerana berjaya mendapatkan kerjasama syarikat antarabangsa selain mengetengahkan produk keluaran anak tempatan.
Beliau berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dijangka akan meneliti permohonan bajet pembikinan filem itu yang memerlukan modal dan sokongan untuk dikembangkan dan dihasilkan dengan lebih berkualiti dan menarik.
Dr Sheikh Muszaphar, yang mengilhamkan projek animasi itu, berkata ia berkisar mengenai pengalamannya di angkasa lepas, fakta mengenai planet, sistem solar dan sebagainya bagi menarik minat generasi muda mencintai sains dan astronomi.
Bernama
Tue Dec 02 2014
![Elemen pembuktian fitnah di media sosial diperhalusi dalam Akta Hasutan Elemen pembuktian fitnah di media sosial diperhalusi dalam Akta Hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/41376665468_295x200.jpg)
SHABERY : Faktor pembuktian termasuk bagi kes yang dibawa ke mahkamah perlu diambil kira memandangkan banyak pengguna media sosial menggunakan nama samaran atau identiti palsu. - Gambar fail
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Kempen boikot minyak sawit perlu ditangani secara bijak - Ahmad Shabery Kempen boikot minyak sawit perlu ditangani secara bijak - Ahmad Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81483091279_ShaberyCheek.jpg)
Kempen boikot minyak sawit perlu ditangani secara bijak - Ahmad Shabery
Kempen Negara Kesatuan Eropah (EU) memboikot minyak sawit perlu ditangani segera secara bijak bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara.
![Shabery cabar LPP wujud produk 'juara' dunia Shabery cabar LPP wujud produk 'juara' dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81484394627_DSShaberyCheek.jpg)
Shabery cabar LPP wujud produk 'juara' dunia
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dicabar wujudkan produk 'juara dunia' sebagai langkah membuka laluan produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa.
![Banjir di Terengganu terus beransur pulih Banjir di Terengganu terus beransur pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51483633194_MBRazif.jpg)
Banjir di Terengganu terus beransur pulih
Terengganu terus menunjukkan penurunan apabila tinggal 2,489 mangsa daripada 657 keluarga sahaja ditempatkan di 32 pusat pemindahan di seluruh negeri itu setakat jam enam petang Khamis.
![Lebih banyak acara di MAEPS tahun depan - Ahmad Shabery Lebih banyak acara di MAEPS tahun depan - Ahmad Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81483091279_ShaberyCheek.jpg)
Lebih banyak acara di MAEPS tahun depan - Ahmad Shabery
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan lebih banyak acara berkaitan pertanian di lokasi MAHA yang terletak di MAEPS tahun depan.
![Kehidupan nelayan kini jauh lebih baik Kehidupan nelayan kini jauh lebih baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81455848114_Menjala.jpg)
Kehidupan nelayan kini jauh lebih baik
Husin yang sudah lebih 40 tahun menjadi nelayan, berkata kehidupan nelayan sekarang jauh berbeza berbanding dahulu yang serba kekurangan dan hanya bergantung kepada hasil laut semata-mata.
![Bezanya kos dan kepantasan jalur lebar negara lain dan Malaysia Bezanya kos dan kepantasan jalur lebar negara lain dan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/51383090355_295x200.jpg)
Bezanya kos dan kepantasan jalur lebar negara lain dan Malaysia
Negara-negara seperti Singapura dan Thailand lebih ke hadapan dari segi kos dan kepantasan jalur lebar.
![Elemen pembuktian fitnah di media sosial diperhalusi dalam Akta Hasutan Elemen pembuktian fitnah di media sosial diperhalusi dalam Akta Hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/41376665468_295x200.jpg)
Elemen pembuktian fitnah di media sosial diperhalusi dalam Akta Hasutan
Pembuktian mana-mana kenyataan berbaur hasutan dan fitnah di dalam dan luar media sosial merupakan antara perkara yang akan diperhalusi dalam usaha memperkasa Akta Hasutan 1948.
![Sekretariat kekal ditubuh semarakkan sambutan Hari Kemerdekaan - Ahmad Shabery Sekretariat kekal ditubuh semarakkan sambutan Hari Kemerdekaan - Ahmad Shabery](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/61377126748_295x200.jpg)
Sekretariat kekal ditubuh semarakkan sambutan Hari Kemerdekaan - Ahmad Shabery
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sekretariat itu akan dibuka sepanjang tahun kerana sambutan kemerdekaan akan membabitkan banyak pihak.
![Lagu Negaraku sebelum tayangan filem sempena Merdeka Lagu Negaraku sebelum tayangan filem sempena Merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/41376665468_295x200.jpg)
Lagu Negaraku sebelum tayangan filem sempena Merdeka
Lagu Negaraku dicadang untuk dimainkan di pawagam di seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara.
![Shabery Cheek diajak berdebat dengan Rafizi di Kuala Besut Shabery Cheek diajak berdebat dengan Rafizi di Kuala Besut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/41374159246_295x200.jpg)
Shabery Cheek diajak berdebat dengan Rafizi di Kuala Besut
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan perdebatan diadakan secara terbuka di Kuala Besut selepas solat Tarawih esok.