Lagu Negaraku dicadang untuk dimainkan di pawagam di seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu akan dibincangkan bersama pengusaha pawagam minggu hadapan.
"Saya akan berbincang dengan pengusaha-pengusaha mungkin pada Rabu depan untuk nyanyian Negaraku dimainkan sama ada dua atau tiga hari sebelum dan selepas 31 Ogos atau diteruskan hingga Hari Malaysia pada 16 September.
"Bagi saya ini (nyanyian Negaraku) hanya satu pengorbanan yang sedikit dan kecil untuk kita semua sebagai rakyat dalam menghargai kemerdekaan dan mengingati mereka yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Jumaat.
Beliau berkata bagi tujuan itu, kementerian boleh membekalkan klip video lagu Negaraku kepada pawagam di seluruh negara.
Katanya, pengusaha panggung juga digalak mencari inisiatif untuk memastikan penonton berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan seperti mencerahkan lampu pawagam.
"Tetapi bagi kami, sebaiknya tiada paksaan kerana ini sememangnya menjadi tanggungjawab dan kesedaran kita untuk berdiri bagi menghormati lagu Negaraku dan ia seharusnya dijadikan amalan.
"Kalau di padang bola, pada setiap perlawanan kita boleh berdiri apabila lagu kebangsaan dimainkan, kenapa tidak di panggung wayang hanya beberapa hari sempena Hari Kemerdekaan?" katanya.
Ditanya sama ada cadangan itu akan diteruskan secara harian, beliau berkata: "Kita tengok dahulu bagaimana...dulu dah buat tetapi dihentikan kerana mungkin orang anggap ia sebagai perkara biasa dan tiada kesedaran bila dimainkan setiap hari, selain kesukaran untuk membuat penguatkuasaan".
Shabery berkata banyak negara luar termasuk Thailand dan India masih meneruskan tradisi nyanyian lagu kebangsaan negara mereka di kawasan-kawasan awam serta pawagam pada setiap hari.
"Thailand contohnya, rakyatnya akan berdiri apabila lagu kebangsaan mereka dimainkan di pawagam hinggakan ia turut dimainkan setiap pagi di stesen kereta api di mana rakyatnya juga akan berdiri sebagai tanda penghormatan. "Kita belum sampai ke tahap itu, tetapi saya rasa tidak salah kalau ia dikaji sejauh mana yang kita boleh buat, tetapi kita tidak mahu juga jika semangat itu tidak dipupuk dan rakyat menganggap ia perkara biasa dan tidak perlu diberi penghormatan," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan syarikat-syarikat swasta memainkan lagu Negaraku pada acara yang dianjur mereka dalam usaha pembudayaan dan penghayatan lagu kebangsaan itu

Bernama
Sat Aug 17 2013

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kempen boikot minyak sawit perlu ditangani secara bijak - Ahmad Shabery
Kempen Negara Kesatuan Eropah (EU) memboikot minyak sawit perlu ditangani segera secara bijak bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara.

Shabery cabar LPP wujud produk 'juara' dunia
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dicabar wujudkan produk 'juara dunia' sebagai langkah membuka laluan produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa.

Banjir di Terengganu terus beransur pulih
Terengganu terus menunjukkan penurunan apabila tinggal 2,489 mangsa daripada 657 keluarga sahaja ditempatkan di 32 pusat pemindahan di seluruh negeri itu setakat jam enam petang Khamis.

Lebih banyak acara di MAEPS tahun depan - Ahmad Shabery
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan lebih banyak acara berkaitan pertanian di lokasi MAHA yang terletak di MAEPS tahun depan.

Kehidupan nelayan kini jauh lebih baik
Husin yang sudah lebih 40 tahun menjadi nelayan, berkata kehidupan nelayan sekarang jauh berbeza berbanding dahulu yang serba kekurangan dan hanya bergantung kepada hasil laut semata-mata.

Bezanya kos dan kepantasan jalur lebar negara lain dan Malaysia
Negara-negara seperti Singapura dan Thailand lebih ke hadapan dari segi kos dan kepantasan jalur lebar.

Elemen pembuktian fitnah di media sosial diperhalusi dalam Akta Hasutan
Pembuktian mana-mana kenyataan berbaur hasutan dan fitnah di dalam dan luar media sosial merupakan antara perkara yang akan diperhalusi dalam usaha memperkasa Akta Hasutan 1948.

Sekretariat kekal ditubuh semarakkan sambutan Hari Kemerdekaan - Ahmad Shabery
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sekretariat itu akan dibuka sepanjang tahun kerana sambutan kemerdekaan akan membabitkan banyak pihak.

Lagu Negaraku sebelum tayangan filem sempena Merdeka
Lagu Negaraku dicadang untuk dimainkan di pawagam di seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara.

Shabery Cheek diajak berdebat dengan Rafizi di Kuala Besut
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan perdebatan diadakan secara terbuka di Kuala Besut selepas solat Tarawih esok.