Kehidupan nelayan sekarang jauh berbeza, berbanding dahulu yang serba kekurangan dan hanya bergantung kepada hasil laut semata-mata, menurut Husin Muda, 58.
"Dulu kalau tak boleh turun ke laut memang susah... nak makan pun kena pinjam beras daripada jiran sebab duit tak cukup.
"Sekarang sudah berubah, banyak perkara kerajaan tolong, subsidi minyak, bantuan peralatan dapur dan pelbagai bantuan lagi termasuk elaun sara hidup nelayan yang kami terima setiap bulan," katanya.
Penduduk Kampung Tengah Kerteh yang sudah lebih 40 tahun menjadi nelayan itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan malam tadi.
Pada majlis yang disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu, Husin berkata, elaun sara hidup yang diterimanya sebanyak RM300 sebulan membantu meringankan bebannya.
"Sekarang kalau tak boleh turun ke laut, sekurang-kurangnya kami ada duit untuk membeli makanan dan keperluan dapur... semasa tak dapat elaun dulu, memang jiranlah tempat kami bergantung," katanya.
Seorang lagi nelayan, Nik Aziz Embong, 73, dari Kampung Mak Chili, turut berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa membantu golongan nelayan.
"Dulu memang susah. Pakcik ada 11 anak, nak makan memang susah bila tak boleh turun ke laut. Sekarang, Alhamdulillah, banyak yang kerajaan bantu dan elaun yang kami dapat memang sangat membantu sebab boleh digunakan waktu tak turun ke laut dan boleh juga buat simpanan.
"Sekarang, kalau bot kami rosak dipukul ribut atau rumah rosak... kerajaan ada bagi bantuan, kalau dahulu kena baiki sendiri. Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan," katanya yang sudah menjadi nelayan lebih 50 tahun.
Sementara itu, Ahmad Shabery yang juga Anggota Parlimen Kemaman, berkata kehidupan nelayan dahulu dan sekarang jauh berbeza hasil daripada usaha kerajaan yang sentiasa komited membantu golongan berkenaan.
"Memang dahulu ada antara nelayan terpaksa meminjam beras apabila musim tengkujuh, tetapi sekarang perkara itu boleh dikatakan tidak lagi berlaku apabila kita menyediakan elaun untuk mereka membeli beras dan keperluan lain.
"Kerajaan menyediakan jeti yang lengkap, membuat pembaikan rumah dan memberi peralatan...banyak yang dibuat. Saya tak cakap semuanya sudah sempurna dan tidak ada mereka yang susah...yang susah tetap ada tetapi kita akan terus membantu golongan ini supaya kesusahan mereka tidaklah seperti dahulu," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya juga akan mengemukakan keperluan yang diperlukan nelayan dalam Bajet 2017.
"Kita cuba mendapatkan bantuan peralatan baharu seperti enjin, alat pengesan dan pukat untuk membantu nelayan meningkatkan pendapatan mereka. Kita juga akan mempertimbang dan membincangkan mengenai keselamatan nelayan.
"...bukan setakat jaket keselamatan tetapi juga keselamatan di tahap lebih baik menggunakan alat pengesan lokasi (GPS) supaya dapat mengesan lokasi nelayan apabila berada di laut dan suatu sistem lebih canggih mesti dibangunkan supaya nelayan kita dapat dilindungi dalam apa jua cara," katanya.
Pada majlis itu, sejumlah RM176,780 elaun sara hidup diagihkan kepada 601 nelayan daripada tiga Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) iaitu Kemaman, Kemasik dan Kijal. -- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2016
Menurut nelayan, elaun sara hidup yang diterima sebanyak RM300 sebulan dapat membantu meringankan beban mereka. - fotoBERNAMA / Fail
Pegawai tertinggi syarikat penyiaran direman, disyaki terlibat pengubahan wang haram
Seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan dan seorang wanita ditahan reman di Kuching kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
Terbuka Australia: Kehadiran Jannik Sinner, motivasi terbaik buat Carlos Alcaraz
Pemenang empat kali trofi Grand Slam tenis perseorangan lelaki, Carlos Alcaraz menyifatkan persaingan dengan Jannik Sinner yang kini berada di ranking pertama dunia sebagi satu motivasi buatnya.
Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.
DBKL arah henti serta merta, tiada lesen, ganggu lalu lintas
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival di tempat letak kereta Sama Square di Setapak, Kuala Lumpur sejak Khamis lalu dan dijadual berakhir esok, diarah dihentikan bermula hari ini.
Penduduk minta selamatkan tanah tapak pesta
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong yang diambil alih bagi mendirikan depoh projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara.
Yew Sin-Ee Yi masih mahu rebut tempat di Olimpik
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memberi bayangan akan meneruskan aksi di pentas antarabangsa dengan meletakkan sasaran layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
CEO syarikat penyiaran tempatan direman dua hari
Seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan dan seorang wanita direman dua hari kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
18 PPS dibuka empat daerah di Johor terjejas
12 jalan terputus hubungan akibat banjir yang melanda Kota Tinggi, Johor di mana bilangan manga yang dipindahkan ke 13 PPS juga semakin meningkat melebihi 1,000 orang.
AWANI Ringkas: Dua suspek dari Sarawak dibawa ke Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir Johor: Angka mangsa terjejas terus meningkat di 4 daerah
Mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,266 orang daripada 392 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah terjejas, setakat jam 1 tengah hari Sabtu.
Kempen boikot minyak sawit perlu ditangani secara bijak - Ahmad Shabery
Kempen Negara Kesatuan Eropah (EU) memboikot minyak sawit perlu ditangani segera secara bijak bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara.
Shabery cabar LPP wujud produk 'juara' dunia
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dicabar wujudkan produk 'juara dunia' sebagai langkah membuka laluan produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa.
Banjir di Terengganu terus beransur pulih
Terengganu terus menunjukkan penurunan apabila tinggal 2,489 mangsa daripada 657 keluarga sahaja ditempatkan di 32 pusat pemindahan di seluruh negeri itu setakat jam enam petang Khamis.
Lebih banyak acara di MAEPS tahun depan - Ahmad Shabery
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan lebih banyak acara berkaitan pertanian di lokasi MAHA yang terletak di MAEPS tahun depan.
Kehidupan nelayan kini jauh lebih baik
Husin yang sudah lebih 40 tahun menjadi nelayan, berkata kehidupan nelayan sekarang jauh berbeza berbanding dahulu yang serba kekurangan dan hanya bergantung kepada hasil laut semata-mata.
Bezanya kos dan kepantasan jalur lebar negara lain dan Malaysia
Negara-negara seperti Singapura dan Thailand lebih ke hadapan dari segi kos dan kepantasan jalur lebar.
Elemen pembuktian fitnah di media sosial diperhalusi dalam Akta Hasutan
Pembuktian mana-mana kenyataan berbaur hasutan dan fitnah di dalam dan luar media sosial merupakan antara perkara yang akan diperhalusi dalam usaha memperkasa Akta Hasutan 1948.
Sekretariat kekal ditubuh semarakkan sambutan Hari Kemerdekaan - Ahmad Shabery
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sekretariat itu akan dibuka sepanjang tahun kerana sambutan kemerdekaan akan membabitkan banyak pihak.
Lagu Negaraku sebelum tayangan filem sempena Merdeka
Lagu Negaraku dicadang untuk dimainkan di pawagam di seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara.
Shabery Cheek diajak berdebat dengan Rafizi di Kuala Besut
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan perdebatan diadakan secara terbuka di Kuala Besut selepas solat Tarawih esok.