Kementerian Pendidikan masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan elaun sara hidup guru pelatih sebagai pinjaman bagi pengambilan tahun depan.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan kelak.
Beliau berkata setakat ini penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) akan terus menerima elaun sara hidup RM430 sebulan tahun ini.
"Kerajaan kini masih menanggung yuran pengajian berjumlah lebih RM20,000 untuk setiap seorang pelajar IPG dan keputusan mengenai pemotongan elaun sara hidup masih dalam peringkat perbincangan.
"Sekiranya terdapat sebarang keputusan dicapai hasil daripada perbincangan ini, saya akan umumkan dalam tempoh satu hingga dua bulan nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mahadzir menjelaskan perbincangan bersama pihak PTPTN masih di tahap awal dan sebarang keputusan hanya akan melibatkan pengambilan baharu untuk sesi pengajian bagi tahun 2018.
Terdahulu ketika merasmikan Konvensyen Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) sempena Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke-23 dan Persidangan Perwakilan GMGBM ke-35 di sini, beliau mengingatkan guru besar untuk memainkan peranan yang proaktif dalam menjayakan dasar Transformasi Pendidikan Negara.
Beliau berkata transformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 turut menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menjana pemikiran murid daripada peringkat akar umbi.
"Saya begitu yakin dengan kredibiliti para guru besar untuk menjadi penyalur maklumat yang baik dan pencetus transformasi pendidikan negara seperti yang diharapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2017
![Elaun kos sara hidup guru pelatih belum muktamad Elaun kos sara hidup guru pelatih belum muktamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81452684963_Cikgu.jpg)
Kerajaan kini masih menanggung yuran pengajian berjumlah lebih RM20,000 untuk setiap seorang pelajar IPG dan keputusan mengenai pemotongan elaun sara hidup masih dalam peringkat perbincangan. - Gambar hiasan
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0 Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734695234_TBPLKN.jpg)
Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0
Mindef tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijadual bermula 12 Jan depan.
![Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734246622_MohamedKhaledNordi.jpg)
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
![Pulau Pinang peruntuk hampir RM13 juta bayar elaun MPKK Pulau Pinang peruntuk hampir RM13 juta bayar elaun MPKK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709024774_TBDATUKDRMOHAMAD.jpg)
Pulau Pinang peruntuk hampir RM13 juta bayar elaun MPKK
Mohamad berkata Pengerusi MPKK menerima elaun RM700 sebulan, Setiausaha diberikan RM600 manakala Bendahari dibayar RM300.
![PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713796048_TBANWARMELAKA.jpg)
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
![Yang Dipertua Dewan Rakyat cari jalan tangani ketidakhadiran Ahli Parlimen Yang Dipertua Dewan Rakyat cari jalan tangani ketidakhadiran Ahli Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696588594_JohariAbdul.jpg)
Yang Dipertua Dewan Rakyat cari jalan tangani ketidakhadiran Ahli Parlimen
Ia termasuk memotong elaun Ahli Parlimen jika mereka terus tidak hadir ketika sesi sidang Parlimen.
![188 hafiz, hafizah cemerlang di Melaka akan terima elaun keseluruhan RM402,600 setahun 188 hafiz, hafizah cemerlang di Melaka akan terima elaun keseluruhan RM402,600 setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605079742_PelajarMaahadTahfi.jpg)
188 hafiz, hafizah cemerlang di Melaka akan terima elaun keseluruhan RM402,600 setahun
Pemberian elaun itu antara program bermanfaat yang dilaksanakan MAIM menerusi baki RM1.2 juta hasil kutipan fidyah pada tahun lepas.
![Elaun pelajar tajaan JPA dalam negara ditambah RM100 sebulan - PM Anwar Elaun pelajar tajaan JPA dalam negara ditambah RM100 sebulan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686649712_AmanatAnwarIbrahi.jpg)
Elaun pelajar tajaan JPA dalam negara ditambah RM100 sebulan - PM Anwar
Keputusan itu mengambil kira kos sara hidup yang tinggi, sekali gus membebankan golongan mahasiswa.
![Laporan dakwaan pelajar pelatih tidak dibayar elaun sedang diteliti - PM Anwar Laporan dakwaan pelajar pelatih tidak dibayar elaun sedang diteliti - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685421818_AnwarIbrahim.jpg)
Laporan dakwaan pelajar pelatih tidak dibayar elaun sedang diteliti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau sedang menunggu laporan berkaitan dakwaan terdapat pelajar pelatih yang tidak dibayar elaun ketika menjalani tempoh latihan industri.
![Belgium akan beri elaun kepada pekerja yang berbasikal ke tempat kerja Belgium akan beri elaun kepada pekerja yang berbasikal ke tempat kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683003587_genericcyclingtow.jpg)
Belgium akan beri elaun kepada pekerja yang berbasikal ke tempat kerja
Bayaran elaun itu adalah sebahagian daripada perjanjian yang dibuat oleh firma sektor swasta dan kesatuan sekerja pada Januari.
![Kerajaan pertimbang selaras elaun JPKK, JPKKP - Zahid Kerajaan pertimbang selaras elaun JPKK, JPKKP - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674744948_TBzahidhamidi.jpg)
Kerajaan pertimbang selaras elaun JPKK, JPKKP - Zahid
Elaun berkenaan berbeza mengikut negeri dengan Selangor menyediakan elaun tertinggi iaitu RM1,500 diikuti Johor RM1,200.